Siakap Keli

Ditangkap Polis Kerana Curi Telefon Untuk Swafoto, Remaja Ini Gembira Masuk Penjara Kerana Dapat Makan Percuma

Bali: Seorang remaja berusia 19 tahun yang ditangkap polis menyatakan perasaan gembiranya kerana dimasukkan ke dalam penjara kerana boleh dapat makanan percuma.

Remaja berkenaan yang berasal dari Bali, Indonesia sudah sering kali diberkas pihak berkuasa dan dimasukkan ke dalam penjara namun tak pernah serik membuat kesalahan.

Menurutnya, masuk ke penjara adalah hal yang menyenangkan baginya berikutan mudah mendapatkan makanan tanpa perlu bekerja keras.

” Saya gembira dimasukkan ke penjara, lebih senang kerana diberi makanan,” ujarnya yang dipetik dari portal Tribun Jakarta.

Remaja ini ditangkap pihak polis atas kesalahan memecah masuk rumah orang awam saat mereka sedang tidur sebelum mencuri telefon bimbit milik mangsa.

Ketika ditanya motifnya, dia mengakui dia mencuri telefon bimbit tersebut hanya untuk berswafoto dan hanya akan menjualnya sekiranya dia membutuhkan wang.

“Saya mencuri telefon bimbit untuk saya gunakan selfie dan ini memang kemahuan saya. Tidak ada sesiapa yang memaksa saya untuk mencuri.

Dia juga mengatakan bahawa dia susah untuk mencari makanan kerana tingga sendiri berikutan telah lama kematian bapa dan ibunya berkahwin lain.

Polis tempatan mengambil masa hampir seminggu untuk memberkas remaja tersebut berikutan dia mahir dalam menyembunyikan diri dan lari dari pihak berkuasa.

Sumber: Tribun Jakarta

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar