Siakap Keli

Fresh Grad Yang Baru Kerja, Ini 4 Step Kalau Nak Bayar Balik PTPTN Melalui KWSP

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Bukan sahaja baru dapat kerja, sejurus sahaja menamatkan pengajian satu-satunya komitmen yang perlu dijalankan adalah membayar semula pinjaman PTPTN yang telah dimohon. Kalau tidak, memang sukar untuk kita membuat sebarang urusan pada masa akan datang.

Seperti membuat pinjaman kereta, rumah, bahkan bercuti ke luar negara juga terbatas. salah satu cara yang mudah adalah mendapatkan pekerjaan untuk membayar semula tunggakan dan pinjaman itu. Rasanya semua dah tahu bahawa kita akan diberi kelonggaran untuk mengeluarkan akaun 2 KWSP atas sebab-sebab tertentu.

Namun, Maukerja yakin masih ada yang buntu apa step-step yang perlu dilakukan untuk memulakan urusan ini, siapalah tak nak bayar hutang balik kan? Jadi, untuk memudahkan diri anda daripada perlu ke kaunter banyak kali yang hanya menganggu masa. Apa kata buat ‘sekali jalan’ mengikut step-step di bawah ini.

Step 1 : Daftar Dahulu i-Akaun KWSP

Selain daripada memudahkan kita sebagai pekerja menyemak jumlah simpanan yang terkumpul. i-Akaun KWSP ini wajib dibuat jika ingin melakukan proses pembayaran balik. Rasanya, majoriti daripada kalangan graduan muda ini sudah mempunya i-Akaun KWSP ini.

Jika masih belum ada, hanya perlu ke mana-mana pejabat KWSP untuk mendaftar.  Hanya cap jari dan kad pengenalan diperlukan untuk membuat pengesahan daripada pihak KWSP dahulu, Kemudian barulah boleh ke laman utama  www.kwsp.gov.my untuk pengaktifan, TAC yang anda terima semasa di kaunter itu valid dalam masa 30 hari sahaja.

Video i-Akaun KWSP

IFrame

Step 2 : Pergi Ke Kaunter PTPTN Untuk Rundingan Bayaran

Jelaskan kepada pengawai untuk membuat pembayaran balik PTPTN melalui akaun 2 KWSP anda. Ketahui jumlah tunggakan yang perlu dibayar bersertakan bayaran bulanan PTPTN yang perlu dijelaskan. Pastikan jumlah dalam akaun 2 KWSP anda itu cukup untuk melangsaikan tunggakan.

Staff akan uruskan semuanya dan anda perlu ke pejabat KWSP untuk mengesahkan penolakan jumlah simpanan tersebut. Proses ini mengambil masa masa sekurang-kurangnya seminggu untuk pengesahan.

Step 3 : Tunggu Pengesahan SMS, Hantar Dokumen Kepada Pejabat KWSP

Ada sesetengah orang tidak diperjelaskan oleh pegawai PTPTN yang terbabit mengenai dokumen ini. Namun disini kami akan jelaskan awal-awal, ini dokumen yang dimaksudkan :

  • Sijil pengesahan tamat belajar atau
  • Skroll Ijazah/Diploma
  • Transkrip Ijazah/Diploma

Mereka hanya mahu pengesahan bahawa anda benar-benar sudah menamatkan pengajian, bawa salah satu sahaja pun tidak mengapa, namun kalau nak selamat bawa sahaja kesemuanya. Kemudian anda akan diberi satu lampiran.

STEP 4 : Hantarkan Lampiran Itu Ke Pejabat PTPTN, & Rundingan Bayaran Bulanan

(Contoh surat pengesahan bayaran)

Tunggu dalam masa beberapa hari dan hantarkan lampiran itu ke pejabat PTPTN, ia menunjukkan bahaw apengesahan transaksi daripada akaun 2 KWSP anda sudah berjaya dikeluarkan. Kemudian. dari sinilah anda boleh membuat rundingan sekali lagi terhadap rundingan bayaran semua. Biasanya cara penggunaan KWSP 2 ini adalah jalan mudah untuk membayar tunggakan, namun anda juga boleh mengeluarkan jumlah lebih (jika ada dalam baki) untuk membantu bayaran bulanan. Dah siap! selamat mencuba!

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.