Siakap Keli

“Kalau Naik Eskalator Tu Dukung Je La Anak,” Netizen Kecam Ibu Bapa Guna Eskalator Dan Bawa Stroller Sehingga Anak Tergelincir Jatuh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Insiden melibatkan kanak-kanak di pusat membeli-belah kerap terjadi ekoran isu keselamatan yang tidak diambil berat.

Baru-baru ini, satu lagi insiden melibatkan anak kecil terjadi di salah sebuah pusat membeli-belah di ibu kota apabila tergelincir di eskalator ketika penjaganya membawa naik kereta sorong bayi, ‘stroller’ di atas tangga bergerak itu.

Menurut orang ramai yang menyaksikan insiden itu, kejadian berlaku ketika stroller dibawa naik di atas eskalator yang bergerak secara menurun.

Walau bagaimanapun, anak kepada kedua pasangan ibu bapa itu tergelincir dan terjatuh.

Rata-rata netizen mengkritik tindakan penjaga kepada anak kecil itu kerana tidak menggunakan lif yang didakwa lebih selamat.

Sumber: Twitter Fayonce

Nur Farra