Siakap Keli

Rupanya Hanya Guna Satu Bahan, Macam Tak Percaya Sental Sikit Je Terus Belakang Kuali Berkilat Macam Baru

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masalah bontot kuali yang bewarna hitam legam dan berkarat pasti merunsingkan ibu-ibu. Biar pula tergantung, sakit mata melihat. Nak menyental memerlukan tenaga. Kadang-kala tu sampai sakit tangan dibuatnya.

Tetapi tahukah anda, terdapat cara menghilangkan hitam di bontot kuali dengan cara yang mudah. Hanya menggunakan sabun yang mudah didapati ini, kerak hitam yang melekat akan hilang, kuali yang siap dicuci akan bersinar seperti baru dibeli.

Nak tahu caranya, ikuti perkongsian oleh Puan Fara Amirullah di bawah. Memang rasa teruja, tak sabar nak balik rumah cuba!

Siapa still suka guna kuali mcm ni?

Tapi yang selalu jadi masalah bontot kuali tu always hitam berkerak kadang-kadang bila my mom datang rumah habis kena bebel, dia memang cukup pantang kalau bontot kuali hitam berkerak gini pemalas katanya.

Nak sental bagi berkilat not an easy task ye, mau sado lengan menyental. Now no more i guna sabun buruh sental manja-manja je terus berkilat bontot kuali i.

Satu blok ni ade 10 buku RM5 lebih je, berbaloi!

Sagat and lumur kat bontot kuali yg berkerak tu, biar dalam 5 minit and sental la.. Tak payah sental kuat2 pon kerak2 tu akan jatuh, jimat masa jimat tenaga jimat duit!

Ni kalau mak nak datang rumah spot check kuali pon tak ade hal, kuali ceq dah berkilat-kilat.

So mak-mak yang nak tengok kuali-kuali kesayangan tu berkilat-kilat pergi beli sabun buruh ni, dalam RM5 lebih macam tu je tak silap ada 10 buku, berbaloi-baloi.

Sumber : Fara Amirullah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.