Siakap Keli

Suami Kena Tahu Lima Tanda Isteri Tak Cukup Tidur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidur merupakan antara perkara penting dalam kehidupan kita tidak kira bagi kanak-kanak mahupun dewasa kerana tidur yang cukup boleh mengekalkan kesihatan badan kita untuk sentiasa berada  pada tahap yang baik.

Tidur juga meningkatkan produktiviti kita dan menambah kecergasan kita untuk melakukan aktiviti sepanjang hari.

Secara keseluruhannya, tidur mempunyai banyak kepentingan dan memberi pengaruh besar kepada manusia hinggakan mood dan emosi kita pun boleh berubah sekiranya tidur tidak cukup.

Entri kali ini akan memfokuskan kepada perkara-perkara yang akan terjadi sekiranya para isteri tak cukup tidur.

Ikuti perkongsian daripada saudara Taufiq Razif yang ditulis di laman Facebook beliau tentang lima tanda isteri tak cukup tidur.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Image result for lack of sleep

 

Semua Suami Kena Tahu 5 Tanda Isteri Tak Cukup Tidur

1. Kalau sakit tu jadi lambat baik sikit sebab sistem imum dan respon tubuh untuk lawan jangkitan kuman tu jadi perlahan sikit bila kurang tidur

2. Ada masalah berat badan. Lemak bertimbun di sana sini. Bukan sebab isteri tu pemalas tapi 2 hormon ni, LEPTIN dan GHRELIN jadi kacau bilau. Tu yang jadi selalu lapar dan susah kenyang.

3. Selalu pelupa. Kurang tidur ni akan efek pada ‘long and short term memory’. Kreativiti dan konsentrasi isteri kita pun akan menurun secara drastik. Tu yang duk pakai baju kelawar je tu. Bukan tak pandai berhias tapi otak jadi tumpul dan susah nak fokus.

Image result for lack of sleep

4. Tidur berlebihan di siang hari, selalu dilihat menguap dan lesu. Sebab tu la kita kena pandai baca bahasa badan pasangan kita. Jangan mimik muka nampak lesu dan berkerut sini sana kita buat tak tahu. Jangan!

5. Isteri selalu moody. Tak cukup tidur ni akan menyebabkan isteri kita ni selalu melenting dan mudah marah ( irritability & anger ). Bukan tu je, ketahanan isteri kita pada stres pun akan sangat lemah.

Tu la kenapa tolong la perhatikan isteri kita walaupun mungkin isteri kita nampak seperti tak ada apa apa tapi percayalah, mereka tetap perlukan perhatian dan pertolongan kita.

Image result for lack of sleep

Saya percaya, suami yang paling sensitif dengan emosi isteri adalah suami yang paling hebat di mata anak anaknya sendiri!

p/s : Saya suka ajar ilmu parenting/mendidik anak di Telegram saya. Klik je link ni untuk join sekali bersama 130 ribu mak ayah yang lain di sana 👉t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber: Taufiq Razif

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar