Siakap Keli

Wanita Lumpuh Separuh Badan Selepas Dijangkiti Kuman Daripada Kucing Liar Ketika Bercuti

Seorang wanita lumpuh separuh badan selepas menhidapi jangkitan bakteria daripada kucing liar ketika bercuti di Portugal.

Gemma, 24 tahun memberitahu dia bertemu kucing liar itu ketika mendiami salah sebuah resort di Albufeira, Portugal.

Tak sangka haiwan tersebut membawa kesan yang berbahaya, Gemma berkata dia mula menjadi lemah dan muntah-muntah pada hari akhir percutiannya.

Dia walau bagaimanapun dikejarkan di hospital berdekatan dan doktor mendiagnosis najis kucing tersebut mengandungi bakteria campylobacter yang biasa dijumpai dalam ayam mentah.

Seminggu selepas keluar dari hospital, Gemma dibawa kembali ke hospital sejurus mengadu berasa kebas di kaki.

Doktor kemudian mengesahkan dia telah dijangkiti penyakit Guillain-Barre dimana keadaan yang menyebabkan sistem imun badannya menyerang sistem sarafnya sendiri.

“Saya terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada jururawat untuk membawa saya ke toilet dan membersihkan.  Saya hilang kawalan ke atas usus dan pundi kencing serta tak dapat gunakan tangan kerana sangat lemah.”

Sumber: Mirror UK

Nur Farra