Siakap Keli

Gempa Bumi Di Filipina, Rakyat Malaysia Dinasihati Tangguh Perjalanan Tidak Penting Ke Calayan

Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak penting ke Calayan di Cagayan, Filipina memandangkan situasi masih belum stabil ekoran gempa bumi yang melanda kawasan itu semalam, kata Wisma Putra.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat gempa bumi dengan kekuatan 5.5 pada skala Richter yang melanda kawasan Calayan itu semalam.

“Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan tersebut dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa serta laporan cuaca tempatan,” katanya.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila atau Konsulat Jeneral Malaysia di Davao, Mindanao.

— BERNAMA

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di