Siakap Keli

Mulianya Hati Pemilik Restoran Ini, Sediakan Peti Sejuk Tepi Jalan Demi Pastikan Tiada Siapa Yang Akan Kebuluran

Setiap minggu terakhir, jalan di luar sebuah restorn di Kochi, India akan dikunjungi ramai orang.  Kebanyakan mereka datang dengan senyuman berkat daripada sebuah peti sejuk milik Minu Pauline yang dipenuhi makanan.

Minu, 28 tahun, berjanji pada dirinya untuk sentiasa berkongsi rezeki dengan memberi makanan ‘porsi’ besar kepada setiap pelanggannya yang datang.

Peti sejuk yang disediakan itu adalah buat para pelanggannya yang ingin mendermakan separuh daripada makanan mereka kepada gelandangan mahupun mereka yang memerlukan.

Gelaran ‘Nanma Maram’ bererti pokok kebaikan diberikan diatas inisiatif itu yang bertujuan membantu mereka yang kelaparan.

Sejak peti sejuk itu diletakkan di bawah sebatang pokok di tepi jalan berhampiran restoran miliknya, Minu memberitahu tidak pernah sekali pun peti sejuk itu kosong.

Setiap masa akan ada saja orang yang memberi dan mengambilnya.  Untuk mengelakkan makanan tersebut terlepas tarikh luputnya, Minu turut meminta mereka untuk meletakkan tarikh pada bungkusan yang ditinggalkan.

“Seorang wanita pernah datang dengan 5 bungkus nasi briyani dari sebuah restoran yang sangat terkenal di Kochi.  Sepatutnya makanan itu dibawa bagi menyambut hari lahir anak perempuannya, namun setibanya di rumah, anak dan suaminya tiada di rumah.  Jadi, dia memutuskan untuk memberikan kesemua makanan itu kepada fakirmiskin,” kata Minu.

“Saya harap dapat bantu ramai orang dengan cara ini.  Peti sejuk dibuka setiap masa, sesiapa sahaja boleh meninggalkan makanan atau mengambil berapa banyak yang mereka inginkan pada bila-bila masa sepanjang hari.”

Ketika ditanya bagaimana jika bukan orang yang memerlukan yang mengambil makanan itu, Minu menjawab, “Saya tidak ada masalah walaupun siapa sahaja yang mengambilnya.  Ia makanan.  Sesiapa yang lapar boleh mengambilnya.”

Sumber: Huffingtonpost

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di