Siakap Keli

Akibat Terlalu Taksub Dengan Media Sosial, Wanita Maut Dicekik Suami Ketika Sedang Tidur

GURUGRAM: Akibat terlalu ketagih dengan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp, seorang wanita akhirnya dibunuh oleh suami sendiri di selatan New Delhi.

Menurut polis, mangsa yang berusia 32 tahun  telah dicekik hingga mati ketika sedang tidur di rumah mereka.

Insiden tersebut berlaku pada Khamis dan suspek yang berusia 35 tahun diberkas polis sehari selepas kejadian.

Sewaktu sesi soal siasat, suspek yang juga merupakan suami mangsa memberitahu polis bahawa tindakannya itu adalah disebabkan dia berang kerana isterinya lebih gemar menghabiskan masa di laman sosial sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada dua anak mereka.

Menurut laporan dari portal Times of India, suspek dan mangsa telah berkahwin sehak 2006 dan dikurniakan dua orang anak.

Image result for playing phone in the dark
Gambar hiasan

Hubungan mereka sekeluarga amat baik pada tahun pertama sehingga mendorong suspek membelikan isterinya telefon pintar.

“Dua tahun lalu, kelakuannya perlahan-lahan berubah disebabkan telefon pintar itu sehingga dia mula mengabaikan anak-anak dan saya, seperti kami tidak wujud.

“Dia tidak masak, kerja rumah tidak dilakukan malah dia tidak mahu menghantar anak ke sekolah.

“Apa yang dia tahu hanya menghabiskan masanya di Facebook dan WhatsApp,” katanya.

Malahan, wanita berkenaan juga disyaki menjalin hubungan dengan lelaki lain apabila melarang suaminya melihat akaun media sosialnya.

“Saya syak dia ada hubungan sulit dan kami bergaduh besar pada malam Khamis.

“Ketika dia sedang tidur, saya mencekiknya hingga mati,” ujarnya lagi kepada polis.

Sumber- Times Of India

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar