Siakap Keli
Gambar : FB Hafiq Hasan Basri

”Dia Lapar Sampai Pengsan Sebab Nak Makan Tak Ada Duit,” Sayu, Lelaki Kongsi Realiti Kehidupan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai yang selalu mengeluh dan merasakan hidup ini susah. Tetapi jika dilihat sebenarnya masih ramai lagi mereka yang jauh lebih susah dan terpaksa mengharungi keperitan demi mendapatkan sesuap nasi. Beruntunglah jika kita masih mempunyai tempat berteduh dan perut yang terisi walaupun hanya cukup makan.

Perkongsian dari Hafiq Hasan Basri ini mungkin hanya secebis kisah kehidupan. Namun jika dipandang dari sisi sebaliknya, cukup memberi tauladan kepada semua untuk bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ini.

Kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makan, seorang lelaki pengsan. Mungkin sudah berhari-hari tidak menjamah makanan dek kerana kesempitan hidup. Bantuan yang dihulurkan kepada lelaki ini bukti masih ramai lagi rakyat Malaysia yang bersikap prihatin. Terima kasih kami ucapkan!

Masa nak beli bunga tadi, ternampak sorang lelaki ni terduduk, nampak tak bermaya langsung. Sorang lagi laki cina tengah tanya dia okay ke tak.

Tak tergamak pulak aku nak biar macam tu. Bila tanya lelaki cina tu, katanya laki Myanmar tu pengsan tadi. Tanya punya tanya, rupanya dia kata dia lapar. Bila ditanya nak makan ke tak, dia angguk lagi.

Aku nampak kedai paling dekat, KK Mart. Aku lari kejap beli roti dgn air, sebab tu paling cepat. Aku sampai terus bagi kat kakak and abang-abang tu, diorang tolong suapkan. Sorang lagi urutkan kaki.

Lepas dah makan, minum air gula, terbukak mata dia. Nampak bertenaga sikit. Ya Allah. Can you imagine? Nak makan pun tak ada duit. Pengsan sebab tak makan?

Kita selalu rasa hidup kita ni susah. Tapi tau tak kita ada orang yang kebulur macam tu? Ada orang kais pagi, makan pagi. Ada orang tak makan langsung berhari-hari!

Guys, if you think that your life is difficult, think again. Seriously.

Kagum dengan abang dua orang dengan sorang kakak tu prihatin pasal mamat tu. Aku rasa ada antara diorang yang gelandangan. Tapi sekurang-kurangnya diorang ni prihatin.

Moralnya, kita kena belajar bersyukur dengan apa yang kita ada. Jadi manusia yang prihatin, yang suka bantu orang dalam kesusahan. Tak dapat tolong banyak, tolong sikit pun tak apa.

Jangan risau tentang ganjaran dan pahala. Itu semua urusan tuhan. Yang penting, mudahkan urusan orang, bantu orang yang dalam kesusahan. Mudah-mudahan mudah juga urusan kita nanti.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.