Siakap Keli
Mirror UK

Duit Tak Cukup Bayar Tambang, Gadis Ditemui Mati Beku Dalam Perjalan Lawat Ibu Sakit Selepas Dihalau Keluar Dari Bas

Seorang pelajar perubatan di Kiev, Ukraine ditemui mati dipercayai terperangkap dalam cuaca sejuk dibawah paras beku selepas dihalau keluar daripada sebuah bas, dalam kejadian yang berlaku di kawasan terpecil, utara negara tersebut.

Iryna Dvoretska, 21, ketika itu dilaporkan dalam perjalanan untuk melawat ibunya yang sedang dirawat di sebuah hospital. Bagaimanapun dia telah dihalau keluar daripada sebuah bas kerana tidak memiliki wang yang cukup untuk membayar tambang iaitu 25 Hverna (RM3.70).

Mirror UK

Menurut laporan Mirror UK, cuaca di luar ketika itu adalah -21 darjah celcius. Bagaiamanapun keadaan itu tidak menghalang pemandu bas, Oleg Zhelinskiy, bertindak kejam menghalau mangsa sekitar pukul 4 pagi waktu tempatan.

Iryna dipercayai terpaksa meredah dalam kesejukkan dan memilih untuk melalui jalan pintas. Malangnya, jalan pintas yang diambil mangsa adalah sebuah jalan yang merentasi kawasan hutan. Iryna dipercayai tersesat ketika menggunakan laluan tersebut sehinggalah dia tidak lagi bermaya untuk mencari jalan keluar dan mati akibat cuaca sejuk melampau.

Jasad Iryna ditemui oleh ayahnya sendiri yang bekerja sebagai ranjer taman selepas dua hari kehilangannya.

”Ibu kami menghidapi penyakit pneumonia dan keadaannya semakin teruk. Iryna ingin segera melawat dan membuat keputusan untuk menaikki bas paling awal, bagaimanapun dia tertinggal beg duit,” kata kakanya, Natalia.

”Dia dihalau oleh pemandu bas dan ditinggalkan di kawasan sunyi dimana tiada sesiapa pun disitu. Mayat Iryna ditemui dipuncak bukit oleh ayahnya. Matanya dalam keadaan terbeliak, nampak Iryna dalam keadaan ketakutan,” kata makciknya, Nadiya Typchuk pula.

Pihak polis yang mendapat laporan mengensahkan bahawa kematian Iryna disiasat sebagai kes jenayah. Pemandu bas berkenaan bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama lima thun sekiranya didapati bersalah.

Sumber: Mirror UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.