Siakap Keli
Gambar : Bernama

Kalah Di PRK Cameron Highlands, Peringatan Untuk PKR Dan PH – Anwar

Kuala Lumpur : Kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands semalam merupakan satu peringatan kepada kepimpinan PH dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya lebih peka terhadap kegelisahan rakyat berkaitan ekonomi dan kos sara hidup.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kepimpinan seharusnya berusaha lebih gigih untuk memenuhi manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita perlu menangani sebarang masalah berkait isu kaum dan agama dengan penuh hikmah demi kemaslahatan semua.

“Kita (PKR) menerima keputusan PRK Cameron Highlands, dan mengucapkan tahniah kepada saudara Ramli Mohd Nor yang dipilih menjadi wakil rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata PKR juga turut mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah mengendalikan PRK Cameron Highlands dengan baik, terutama dari sudut pengurusan aduan awam serta pengumuman keputusan yang awal.

Pada PRK Parlimen Cameron Highlands, calon BN Ramli Mohd Nor mendapat 12,038 undi untuk mengalahkan calon PH M. Manogaran (8,800 undi), serta dua calon Bebas iaitu Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Sha Rossa

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di