Siakap Keli
Gambar hiasan

Kelam-Kabut Siapkan Anak, Wanita Tak Sengaja ‘Bekalkan’ Anak Sepucuk Pistol Berisi Peluru Ke Sekolah

CAROLINA SELATAN: Sebuah pusat penjagaan harian kanak-kanak digemparkan sengan insiden sepucuk pistol yang berisi peluru ditemui dalam beg makanan seorang kanak-kanak.

Insiden itu diketahui selepas dimaklumkan kepada guru di Pusat Pembangunan Kanak-Kanak di Gereja Baptis Tasik Bowen di Inman dekat sini.

Kanak-kanak yang turut terkejut apabila menemui senjata tersebut ketika membuka bekas makanan yang dibawanya pada waktu rehat segera memaklumkan insiden tersebut kepada guru bertugas.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut dikatakan secara tidak sengaja meletakkan senjata api itu bersama bekal makanan milik anaknya menyebabkan dia terbawa pistol itu ke sekolah.

“Ini kepunyaan ibu. Saya tidak sepatut menyentuhnya,” kata kanak-kanak itu yang identitinya tidak didedahkan.

Pemeriksaan mendapati, ibu kanak-kanak itu dalam keadaan kelam kabut untuk menguruskan anaknya selepas suaminya terpaksa bertugas di luar kawasan hingga memasukkan senjata itu ketika menyiapkan bekalan makanan anaknya.

Susulan itu, menurut paderi gereja itu, Brad Atkins, senjata itu dikeluarkan dari kotak makanan dan disimpan di tempat selamat.

“Sudah lebih 20 tahun saya bertugas di sini dan ia kali pertama insiden seperti ini berlaku,” ujarnya.

Ibu bapa kanak-kanak itu telah dipanggil ke pusat berkenaan sebelum diberikan nasihat dan memulangkan senjata itu.-

Sumber- Fox Carolina

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar