Siakap Keli

(Video) Cuaca Sejuk Buatkan Niagara Falls Membeku, Suasana Seperti Dalam Animasi Frozen

Cuaca sejuk yang melanda negara-negara barat ketika ini menyaksikan fenomena-fenomena unik lagi mengagumkan apabila air terjun terkenal, Niagara Fall dirakam mula membeku.

Walaupun air terjun berkenaan masih lagi berupaya untuk mengalir, namun keadaan di sekeliling tasik berkenaan mula membeku termasuklah pohon-pohon yang ada di berdekatan.

Menambah keasyikkan apabila wap air yang terpercik membuatkan suasana di sekitar tempat tumpuan pelancong itu seolah-olah dunia fanatasi seperti animasi popular, Frozen.

Keterujaan menyaksikan keindahan air terjun tersebut yang membeku turut dikongsikan oleh pelancong-pelancong di media sosial masing-masing.

Saksikan perkongsian yang dibuat oleh mereka di bawah.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=6oMuTyGfKWE]

 

Sumber: Times Now News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.