Siakap Keli

Amalan Letak Batu Panas Di Dada Untuk Elak Anak Perempuan Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Amalan masyarakat Afrika ‘menyeterika’ dada kanak-kanak perempuan menggunakan batu panas untuk melambatkan proses pembentukan payu dara kedengaran menyakitkan namun itu lah yang berlaku.

Ianya dilakukan semata-mata untuk melindungi kanak-kanak perempuan daripada menjadi perhatian lelaki, mangsa gangguan seksual dan rogol.

The Guardian melaporkan, komuniti di London, Yorkshire, Essex dan barat Midlands memaklumkan pihak media mengenai kes di mana kanak-kanak perempuan yang berasal dari beberapa negara di benua Afrika telah melalui amalan menyakitkan itu.

Malah, pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meletakkan amalan tersebut sebagai salah satu antara lima jenayah global berkaitan kekejaman berasaskan jantina.

Para pelaku, kebiasaannya si ibu menganggap amalan itu sebagai langkah tradisional bagi melindungi anak perempuan mereka. Bagaimanapun, pakar perubatan dan mangsa sendiri menyebutnya sebagai satu penderaan kerana ia boleh menyebabkan kesan parut, infeksi, kesukaran untuk menyusu bayi, malahan berdepan risiko kecacatan dan menghidap kanser payu dara.

Salah seorang aktivis masyarakat memberitahu media, setakat ini dia mendapat maklum antara 15 hingga 20 peratus mengenai kes terbaru itu berlaku di selatan bandar London terutama di Croydon sahaja.

Menurutnya, ibu, ibu saudara atau nenek mereka akan menggunakan batu panas untuk ditekap pada payu dara berulang kali dalam usaha untuk memecahkan tisu di bahagian itu dan melambatkan proses pembentukannya.

“Kadang-kala mereka melakukannya seminggu sekali atau dua minggu sekali bergantung kepada keadaanya,” kata aktivis itu.

Batu dan kayu yang digunakan dalam proses tersebut – India Today

Ketua Kumpulan Diaspora Pertubuhan Pembangunan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita Came (Cawogido), Margaret Nyuyzewira berkata, sekurang-kurangnya 1,000 wanita dan budak perempuan di UK telah melalui amalan menyakitkan itu.

Kerajaaan komited untuk mnghalang amalan itu daripada diteruskan, tetapi menurut aktivis hanya sedikit usaha yang dilakukan setakat ini.

Sumber : India Today

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.