Siakap Keli
Gambar Hiasan

Rakyat Malaysia Antara Yang Tertinggi Di Dunia Pelihara Kucing

Memelihara haiwan perliharaan seperti anjing dan hamster sudah sekian lama menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia. Sesuai dijadikan peneman, mungkin ada juga ‘cat lovers’ merasa tenang ataupun stress boleh hilang apabila bermain dengan kucing tersebut.

Maka tak hairanlah dalam satu kajian yang dibuat oleh Dalia Research meletakkan Malaysia pada kedudukan keenam di dunia dimana 40 peratus penduduknya memiliki sekurang-kurangnya seekor kucing pada 2017. Berkongsi kedudukan ini adalah Chile, Itali dan UAE.

Malaysia dan UAE berkongsi kedudukan pertama di benua Asia. Malaysia juga menduduki tempat pertama di Asia Tenggara. Ditangga kedua Asia Tenggara dan ketujuh dunia adalah Vietnam dengan 39 peratus berkongsi kedudukan dunia dengan Perancis dan Poland.

Namun yang lebih menarik, Malaysia sebenarnya menduduki tempat pertama di dunia di mana 17 peratus rakyat memiliki sekurang-kurangnya 3 ekor atau lebih kucing berbanding negara-negara lain.

Menduduki tempat pertama adalah Rusia yang sudah sekian lama menjadi haiwan peliharaan di sana, semenjak pemerintahan Maharani Elizabeth pada tahun 1700 lagi. Kajian yang dibuat menunjukkan 59 peratus rakyat negara tersebut memiliki sekurang-kurangnya seekor kucing.

Ditangga kedua adalah negara jiran Rusia, iaitu Ukraine dengan jumlah pemilikkan seekor kucing adalah 49 peratus diikuti Amerika Syarikat (43%), Belgium (42%) dan Argentina (41%) melengkapi lima kedudukan teratas.

Anda boleh melayari laman web Dalia Research untuk mendapatkan senarai penuh. Kajian yang dibuat oleh badan ini melibatkan 43,034 orang responden daripada 52 negara.

Sumber: Dalia Research

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.