Siakap Keli
Gambar Hiasan

Stor Kecantikkan Di Korea Ini Ada Jawapan Untuk Layan Pelanggan Yang Tak Mahu ‘Ditemani’ Stafnya Ketika Berbelanja

Kami pasti anda sendiri adalah antara orang yang pernah berhadapan situasi dimana ada pekerja pasaraya mengikuti anda setiap kali anda mahu membeli belah di pasaraya tersebut.

Walaupun tujuannya adalah untuk memudahkan pelanggan, ada juga yang tidak gemar diikut ataupun diperhati. Terasa tiada privacy untuk berbelanja.

Tetapi, sebuah stor menjual produk kecantikkan di Korea Selatan, Innisfree mungkin sudah menemui jawapan bagi mengatasi persoalan sama ada pelanggan mahukan bantuan pekerja ataupun selesa untuk berbelanja secara peribadi.

Kaedah yang digunakan pun sangat mudah. Hanya meletakkan bakul-bakul yang dibahagiakn kepada dua jenis pengkelasan. Yang pertama, bakul berlabel pelekat oren dengan tertera ayat ”Saya Perlukan Bantuan”, manakala label pelekat berwarna hijau pula tertera ayat ”Saya Boleh Lakukannya Sendiri”.

Dengan label ini, para pekerja di Innisfree sudah boleh memahami gaya setiap pelanggannya ketika berbelanja. Jadi mereka tidaklah sewenang-wenangnya menghampiri setiap pelanggan yang singgah di stor berkenaan.

Langkah yang dilaksanakan oleh Innisfree ini mungkin boleh diikuti oleh pengusaha-pengusaha stor-stor di Malaysia.

Sumber: Korea Boo

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di