Siakap Keli

Teringin Nak Rasa Pasangan Pergi Tandas Pun Dah Rindu? Lelaki Kongsi Empat Teknik Pelukan Untuk Hidup Lebih Bahagia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pelukan merupakan salah satu cara mengungkapkan rasa sayang melalui sentuhan hangat antara suami isteri. Kajian membuktikan pasangan suami isteri yang berpelukan setiap hari memiliki kelebihan mereka tersendiri.

Pelukan dikatakan mampu bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan selain dapat membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.

Selain itu, pelukan juga boleh membuatkan pasangan kita rasa lebih dihargai, disayangi dan dilindungi selain menjadi terapi yang baik untuk sesebuah hubungan.

Bagaimanapun, segelintir pasangan yang telah lama berkahwin merasa jijik untuk berpelukan dengan pasangan mereka atas alasan masing-masing telah dimamah usia.

Oleh itu, seorang doktor di laman facebooknya, berkongsi tentang empat amalan teknik pelukan untuk hidup lebih bahagia.

Mari kita baca perkongsian ini.

Sedih saya bila ada suami isteri yang dah rasa jijik nak peluk-peluk pasangan. Katanya geli sebab masing-masing dah tua.

Padahal pelukan tu la yang akan merembeskan ‘Hug Hormones’ yang bernama Oxytocin. Perasan tak waktu awal-awal nikah dulu rasa bahagia je memanjang? Rasa macam lautan api pun dapat ku renang, bukit bukau pun dapat ku angkatkan?

Haa, rasa bahagia tu semua terjadi antaranya hasil daripada pelukan pasangan la tu. Bila hormon oxytocin ni tinggi, mood kita akan lebih stabil, hati rasa lebih lapang, bibir pun tersenyum-senyum dan menaikkan seri wajah.

Cuba Amal Teknik 4 Pelukan Ni untuk hidup lebih bahagia

1. Peluk ketika bangun

2. Peluk ketika nak berangkat kerja

3. Peluk ketika balik kerja

4. Peluk sebelum tidur

Ni la hikmah diciptakan berpasangan supaya kita beroleh ketenangan dan kebahagiaan.

Berharap Suatu Hari Nanti Boleh Sampai Level Pergi Tandas Je Pun Dah Rasa Rindu!

Sumber- Taufiq Razif

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar