Siakap Keli

(Video) Empangan Lombong Pecah Dan Timbus Lebih 300 Orang Pekerja, Penyelamat Ragu-Ragu Ada Mangsa Selamat

Pasukan penyelamat dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa peluang untuk menjumpai mangsa yang hidup dalam kejadian bencana empangan pecah di Brazil adalah tipis.

Dalam kejadian yang berlaku Jumaat lepas, sekurang-kurang 300 mangsa dipercayai hilang dan ketika ini jumlah mayat yang sudah ditemui adalah sebanyak 85 orang.

Sehingga kini, punca sebenar empangan berkenaan runtuh masih tidak dapat dipastikan. Kerja-kerja mencari dan menyelamat terpaksa ditangguhkan pada Ahad susulan wujud kebimbangan empangan kedua di lokasi berdekatan berisiko untuk mengalami nasib yang sama.

Vale, pemilik empangan di wilayah bencana Brumadinho itu seperti dilaporkan oleh BBC bertegas bahawa pihaknya sentiasa mengikuti prosedur yang ditetapkan dalam mengendali empangan-empangan tersebut.

@davepetley

Dalam kenyataan yang sama juga, Vale memaklumkan bahawa seramai 305 orang yang hilang terdiri daripada pekerja, kontraktor dan penduduk di kawasan sekitar. Manakala 192 orang lagi berjaya diselamatkan.

”Selepas tamat tempoh 48 jam kerja mencari dan menyelamat, peluang untuk menemui mangsa yang masih hidup adalah tipis,” ujar Kolenal Eduardo Angelo yang mengetuai kerja-kerja mencari menyelamat.

@ITJob_IN

Ketika kejadian berlaku, difahamkan para pekerja sedang menikmati makan tengah hari di sebuah kafetaria berdekatan sebelum empangan yang pecah membawa banjir lumpur dan menenggelami kafetaria, jalan raya dan rumah penduduk berdekatan.

Vale merupakan syarikat perlombongan dan empangan berkenaan dibina bagi tujuan aktiviti perlombongan. Susulan kejadian tersebut, kerajaan Brazil telah membekukan aset Vale yang bernilai lebih 2 bilion dolar.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=W-yGzQqjufM]

 

Sumber: BBC

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.