Siakap Keli

“Dia Bukan Engineer Tapi Allah Bagi Dia Akal Untuk Mencipta,” Netizen Puji Hasil Inovasi Pakcik Pakai Suis Periuk Nasi Buat Kipas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa sangka barang yang kita rasa tak boleh digunakan, tapi berfungsi untuk kegunaan lain.  Bagi segelintir orang mereka beranggapan idea kreatif hanya berlaku pada orang yang tertentu dan bukan semua orang boleh memilikinya.

Namun, tahukah anda, hakikat sebenar idea kreatif bukan bergantung kepada tanggapan kita samada kita adalah seorang yang kreatif ataupun tidak, tetapi ia bergantung kepada bagaimana cara kita berfikir.

Hebatnya cara lelaki ini berfikir, sehingga mendapat pujian rata-rata netizen yang berpendapat dia seperti salah satu karakter di dalam filem 3 idiots, Ranchodas Chancard yang merupakan seorang jurutera mekanikal mampu mencipta sesuatu yang mustahil menjadi realiti.

Perkongsian yang dibuat melalui akaun Twitter anaknya, Jojoanne, mendapat lebih 12,000 retweet dalam masa dua hari dimuatnaik.

Antara ulasan netizen:

Sumber: Twitter Jojoanne

Nur Farra