Siakap Keli

Kami Bongkar Bulan Apa Paling Banyak ‘Vacancy’ & Peratus Korang Diterima Bekerja Adalah Tinggi

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.


Musim cuti dah tiba, mesti dalam ‘mindset’ jobseeker bahawa kena tunggu sampai tahun depan keraan pembukaan pasti akan dilakukan. Manakan tidak, pasti waktu ini adalah musim dimana semua orang akan menggunakan cuti tahun sehabis-habisnya. Jadi, tiada guna hantar resume disaat majikan tiada di pejabat.

Anda silap! Ketepikan ‘mindset’ sebegitu kerana kemungkinan bulan Disember adalah waktu yang paling ideal untuk anda cari kerja dan mungkin mudah dipilih! Maukerja akan bongkarkan sebabnya!

1. Persaingan Akan Berkurangan

Musim akhir tahun ini bukan sahaja majikan yang membuat persiapan sebelum cuti, jobseeker juga sebegitu. Seperti yang dikatakan tadi, ‘minset’ musim cuti itu akan termaktub di dalam fikiran jobseeker lain. Mereka rasa tiada manfaat jika mohon tapi tak dilayan. Banyak juga syarikat yang memerlukan pekerja tak kira masa.

Gunakan kesempatan ini untuk mohon kerja agar majikan boleh menumpukan perhatian kepada anda, persaingan berkurangan dan anda perlu persiapkan diri sebaik mungkin untuk tambat hati majikan bila dipanggil interview.

 

 

2. Syarikat Akan Mempunyai Dana Berlebihan Dalam Perbelanjaan

Selain daripada pembukaan kerja yang wujud hanya berdasarkan keperluan (ia tidak seperti syarikat tiba-tiba tidak memerlukan pekerja pada bulan Disember), ia tidak mustahil bagi syarikat-syarikat untuk mempunyai sedikit perbelanjaan wang tambahan yang tersisa dalam belanjawan tahunan mereka. Ini bermakna kedudukan baru akan diisi dan mengambil keputusan untuk dibuat.

Lebihan ini tidak akan diketahui sehingga menjelang akhir tahun. Jika anda mempunyai senarai sasaran syarikat (anda sepatutnya), inilah masanya untuk mendaftar kerja dengan mereka.

 

3. Majikan Akan Beri Perhatian Lebih

Antara idea terbaik untuk memohon pekerjaan pada bulan Disember adalah perhatian yang anda dapat. Perekrut merasakan lebih bersemangat daripada biasa apabila orang yang betul-betul gigihj ingin mohon kerja datang. Ini sebabnya mereka sendiri memikirkan musim hujung tahun agak sukar cari pekerja  (yang menunggu waktu bonus) mahupun intern (dalam pertengahan semester),

Kesalahan kecil calon (penghasilan resume, atau sebagainya) mungkin dapat diketepikan kerana inginkan perhatian terhadap diri calon. Majikan yang ketandusan pekerja akan cuba sedaya upaya mencari sesuatu yang bernilai untuk menentukan jika anda layak. Merekan akan menjalankan interview dengan lebih lama, dan proses pengambilan yang lebih responsif.

Artikel berkaitan: 2 Minit Je Skill Excel Korang Dah Hebat! Terus Masukkan Dalam Resume, Tengok Video Ni!

Buat apa menganggur lama-lama? Update lebih banyak kerja kosong terkini mengikut kelayakan dan bidang masing-masing di Maukerja sekarang!

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Senarai Kerja Kosong Terkini 2019 di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Perak & negeri-negeri lain. Tawaran kerja kepada calon PMR, SPM, Diploma & Degree. Ikuti pautan Maukerja.my atau tekan butang media sosial di bawah untuk mencari kerja kosong.