Siakap Keli
Gambar : Google

Pengetua Nafi Empat Tuduhan Amang Seksual Fizikal Terhadap Empat Pelajar Lelaki

Butterworth : Seorang pengetua dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajar lelaki pada tahun lepas.

Di Mahkamah Sesyen Jenayah Satu, pengetua berusia 55 tahun itu mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang  pelajar berusia 13 tahun di bilik khas pengetua, di sebuah sekolah di Permatang Tok Jaya di sini pada pukul 9.30 malam, 6 April tahun lepas.

Lelaki itu turut menafikan tuduhan melakukan perbuatan yang sama terhadap seorang lagi pelajar lelaki berusia 13 tahun di asrama sekolah berkenaan pada 11.40 malam antara 9 Julai dan 13 Julai lepas.

Hakim Noorhayati Mohamed Yunus membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM27,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Feb ini untuk sebutan kes itu bagi menunggu laporan kimia dan perubatan mangsa.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain manakala tertuduh diwakili peguam  E.Gnasegaran.

Sementara itu, di sebuah mahkamah sesyen yang berlainan, pengetua itu mengaku tidak bersalah terhadap dua lagi pertuduhan melakukan perbuatan yang sama terhadap dua lagi pelajar sekolah terbabit.

Mengikut pertuduhan pertama, pengetua itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid berusia 11 tahun di bilik khas pengetua pada 4.00 petang, 10 Okt 2018.

Manakala bagi pertuduhan kedua, pengetua terbabit didakwa melakukan perbuatan yang sama terhadap seorang pelajar berusia14 tahun di asrama sekolah itu pukul 11.00 malam, 10 Okt 2018.

Hakim Noor Aini Yusof kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM27,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan itu dan turut menetapkan 25 Feb ini untuk sebutan kes.

Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash.

Keempat-empat pertuduhan yang dihadapi tertuduh adalah mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Selesai prosiding di mahkamah, tertuduh yang berpakaian kerja kemeja berwarna biru dan seluar slack kelabu dilihat menangis sebelum dibawa keluar oleh polis ke bilik jaminan.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Sha Rossa

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di