Siakap Keli

“Siapa Punya Ni? Jumpa Dalam Almari Roti Canai Cantik Je Parking,” Pekerja Selalu Histeria, Persoalan Pemilik Restoran Akhirnya Terjawab

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rambut sama hitam, hati lain-lain, ini ayat yang kita selalu dengar apabila ada yang melakukan sesuatu tidak baik kepada diri kita, lebih-lebih lagi jika sehingga mendatangkan kesan buruk.

Walaupun kita hidup dalam zaman moden dan serba canggih, ‘kaedah hitam’ mengggunakan sihir demi mendapatkan apa yang dihajati semakin berleluasa. Biarpun terpaksa menggadaikan diri, menjadi hamba kepada jin dan syaitan, asalkan hati mereka puas.

Gambar Hiasan
Selalunya sihir yang dikenakan ke atas orang lain adalah berpunca daripada perasaan iri hati, dengki, dan dendam. Ada diantaranya tidak boleh melihat kejayaan dan kebahagiaan orang lain, lantas menggunakan ‘cara halus’ untuk ‘menjatuhkan’ mangsa.
Puan Norazlina dalam satu perkongsian Facebook menceritakan betapa sakit dan terseksanya mereka sekeluarga ‘dihukum’ tanpa mengetahui dimana salahnya sebaik sahaja menjumpai tangkal berupa kain dengan tulisan seperti tulisan jawi di celah almari makanan di restoran miliknya.
Assalamualaikum selamat pagi. Salam kemaafan.
Nak tanya ada sesiapa tertinggal barang ni dekat dapur utara tak?
Terjumpa terselit di almari roti canai cantik punya parking.  Kain ni agak kotor tak cuci dulu mcm bertanah ada 5 bungkusan kecil di dalamnya.
Harap ambik la balik sebelum dipulangkan pada yang hak oleh ustaz petang nanti.
Percayalah pada Allah swt. Setiap rezeki yang kita dapat semuanya dari Allah bukan dari jin syaitan iblis.  Kenapa kita nak berdengki? Nak sekat rezeki orang? Tak payah nak pakai pelaris semua.  Masak bagi sedap, InsyaAllah ramai yang datang.
Yakin dengan apa kita ada.  Demi Allah sepanjang saya berniaga saya tak pernah nak sihir orang, tak pernah fikir nak dengki rezeki orang.
Kami selalu dapat sakit. Budak kerja bertukar.  Ada yang histeria, merata berubat sampai ke Kedah.  Boleh fikir tak malam-malam kulit saya jadi gatal macam dalam gambar tu.
Tak boleh tidur.  Sakit kepala.  Bila sakit pakat sakit ramai-ramai.  Budak kerja masuk kedai tiba-tiba histeria.
Apa semua ni? Dah banyak kali jadi mcm ni.  Rasa macam putus asa.  Tapi ikhtiar juga nak bersih dari semua ini.  Tolongla jangan buat benda syirik ni lagi.  Tak takut mati ka?
Tak ada pegangan agama ka orang yang buat ni?  Allah tuhan kita bukan jin syaitan tok bomoh bagai.  Dari dulu saya bersabar nak post benda ni.  Tapi kali ni saya cuba buka mata orang Islam supaya yakinlah dengan rezeki Allah.  Jangan main dengan benda syirik ni.
Doakan Dapur Utara selamat dari gangguan macam ni. Untuk terus bertahan di bumi puchong memberi perkhidmatan makanan utara di sini.  Wasalam.

Nur Farra