Siakap Keli
Ahmed Abu Ayesh Alnajjar

(Video) Rakyat Palestin Terus Nyatakan Ucapan Terima Kasih, Bendera Malaysia Di Bawa Di Mana-Mana

Keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan atlet daripada Israel memasuki Malaysia untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 baru-baru ini terus mendapat penghargaan daripada rakyat Palestin.

Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook, Ahmed Abu Ayesh Alnajjar. Selain berkongsi beberapa keping gambar rakyat Palestin memegang bendera Malaysia, Ahmed turut memuat naik satu video.

Ahmed Abu Ayesh Alnajjar

”Terima kasih Malaysia. Kepada saudara-saudara kami di Malaysia, rakyat Palestin mempersembahkan tarian rakyat ‘Dahiya’ sebagai ucapan terima kasih kepada anda semua,” katanya.

Malah, penduduk-penduduk di Gaza yang menyertai demonstrasi ‘Great Return March’ di sempadan Palestin-Israel juga turut membawa poster-poster tertera imej pemimpin utama negara termasuklah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moahamad dan Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahmed Abu Ayesh Alnajjar

Budi baik rakyat Palestin yang menghargai sumbangan Malaysia itu turut mendapat perhatian YB Syed Saddiq yang kemudian turut berkongsi ucapan yang sama di laman facebooknya baru-baru ini.

Terdahulu, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa yang bersidang di Britain dua hari lepas telah menarik balik hak Malaysia selaku tuan rumah untuk menganjurkan kejohanan tersebut.

IPC dalam kenyataannya menyatakan kekecewaan dengan keputusan kerajaan Malaysia dan mendakwa ia bertentangan dengan janji yang dibuat oleh Majlis Paralimpik Malaysia (NPC) ketika kedua-dua pihak menandatangani perjanjian pada 2017.

Ahmed Abu Ayesh Alnajjar
Ahmed Abu Ayesh Alnajjar

Sumber: Ahmed Abu Ayesh Alnajjar

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.