Siakap Keli

Logo Nike Didakwa Mirip Kalimah Allah, Umat Islam Lancar Petisyen Desak Tarik Semula Kasut Dari Pasaran

Satu petisyen telah dilancarkan oleh Saiqa Noreen bagi menggesa Nike menarik semula pengeluaran kasut model Air Max 270 daripada pasaran.

Tindakan itu diambil susulan logo di bahagian bawah kasut tersebut yang didakwa menyerupai kalimah Allah di dalam bahasa Arab sekaligus menghina agama Islam.

Difahamkan, Nike turut berdepan masalah yang sama pada tahun 1997 apabila logo pada model kasutnya ketika itu turut mempunyai persamaan dengan kalimah Allah.

Setelah itu, Nike mendakwa telah mengetatkan pengawasan terhadap reka bentuk logo mereka namun kini isu yang sama berulang semula.

Setakat ini sahaja, seramai 8,123 orang telah menandatangani petisyen tersebut di laman web ini bagi menunjukkan tanda sokongan mereka.

Petisyen tersebut turut menyeru supaya semua umat Islam dan mereka yang menghormati kebebasan agama lain supaya bersama-sama menurunkan tandangan agar Nike lebih sensitif dan peka sebelum mengeluarkan produk mereka di pasaran. Apa pula pendapat anda?

Sumber : change.org

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.