Siakap Keli
Gambar : Google

Rekaan Rumah Tanpa Bumbung Moden, Adakah Satu Idea Yang Bagus Untuk Pembeli?

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Konsep rekaan terkini rumah semakin moden dan ada di antaranya tidak mempunyai ‘bumbung’. Bahagian bumbung atas kelihatan rata dan tidak berbentuk segi tiga seperti kebiasaan rumah yang dibina.

Namun, adakah trend rumah tanpa bumbung ini bagus dan menjadi pilihan yang tepat untuk dibeli? Terdapat beberapa hal yang perlu dititikberatkan terlebih dahulu sebelum anda memilih rumah dengan rekaan sebegini.

Ikuti perkongsian daripada Tuan Azizul Azli Ahmad seperti di bawah. Terpulang kepada anda, namun jika salah beli kediaman pastinya akan memberi impak jangka panjang. Semoga bermanfaat.

ISTIMEWANYA RUMAH TANPA BUMBUNG?

Gambar : Google

1. Kebanyakan rekabentuk rumah hari ini semakin hilang bumbungnya. Kos ubah suai kediaman yang melibatkan bumbung merupakan kos yang mahal dan tinggi.

2. Bumbung yang tidak baik akan beri kesan kepada hujan dan haba pada rumah kita.

3. Selain itu, peranan bumbung untuk ‘cepat cepat jangan lambat lambat’ bawa air keluar dari bangunan. Semakin lama air berada atas bumbung semakin tidak baik.

4. Air yang lambat turun ini akan meresap kedalam dinding menjadi ejen pereputan dan pemankin tumbuhnya kulat.

5. Bumbung atap curam paling baik kerana hujan yang lebat bagi air keluar cepat cepat dari atas bumbung agar tak jadi beban.

6. Semakin tinggi bumbung rumah kita, semakin baik dan sejuk kediaman.

Gambar : Google

7. Jika bumbung rumah kita rata seperti ini, pastikan ketinggian dinding melebihi 3.2 meter keatas. Semakin tinggi dinding semakin besar ruang udara beralih dan bergerak, semakin sejuk kediaman kita.

8. Kebanyakkan bumbung rata begini tiada bukaan untuk laluan udara, ia direka untuk tujuan pemasangan penghawa dingin. Berapa bil penghawa dingin yang kita akan tanggung selama beli kediaman ini nanti?. Bil bayar setiap bulan, hutang rumah bayar 30 tahun kedepan?.

9. Sebab itu rumah zaman dulu ada laluan udara dan airwell agar kediaman kita tidak menjadi perangkap haba yang panas membara dijiwa.

Tidak semua yang nampak baru dan moden itu baik buat kita kawan, hati hati membeli kediaman jenis ini. 

Membayar hutang kediaman yang mahal itu sudah cukup melukakan dan membebankan, apatah lagi biaya baiki rumah dan bill yang mahal setiap bulan.

Azizul Azli Ahmad
Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur.

Bantu sampaikan tulisan ini pada semua sahabat kita agar tidak salah membeli kediaman. Kita mungkin sekali seumur hidup beli kediaman, bukan sepanjang zaman.

Sumber : Azizul Azli ahmad

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.