Siakap Keli

Rumah Murah, Anda Boleh Memiliki Rumah Di Itali Ini Yang Dijual Dibawah 1 Euro

Memiliki rumah di kawasan pergunungan, tenang daripada kesibukkan dunia dan mengadap laut adalah impian setiap orang. Namun begitu, untuk memenuhi angan-angan itu tak semudah disangka.

Bagi anda yang berada dalam kelas pertengahan khususnya di Malaysia, anda sendiri sudah sedia maklum dengan harga rumah di sini kan? Jangankan nak beli rumah di kawasan seperti disebut di atas, nak beli rumah di kawasan biasa pun terpaksa telan air liur berkali-kali apabila melihat harganya.

Tapi ada berita baik buat anda jika berhajat untuk membeli rumah pertama dengan harga yang murah. Sangat murah. Beberapa bandar di Itali iaitu antaranya Pulau Sardinia, Pulau Sicilly dan Campania ketika ini sedang menjalankan Program Case a 1 euro atau Program Rumah 1 Euro.

Case a 1 Euro adalah program dimana kerajaan tempatan menjual rumah-rumah di dibawah kelolaan meraka pada harga cuma 1 Euro ataupun RM 4.70. Ya, sebuah rumah di Itali dan terletak di pulau peranginan boleh dibeli pada harga bawah RM 5.

Salah satu kawasan yang menyertai program ini adalah sebuah perkampungan lama yang terletak di lereng-lereng gunung di Pulau Siciully. Terletak di pekan Sambuca, anda boleh memiliki salah sebuah daripada berdozen-dozen yang disenaraikan dengan permandangan indah mengadap Laut Mediterannean ataupun gunung-ganang.

Menurut Timbalan Datuk Bandar, Giuseppe Cacioppo, mana-mana individu yang berminat untuk membeli boleh hadir dan membuat belian terus. Katanya, tawaran rumah serendah 1 Euro ini adalah salah satu usaha kerajaan tempatan untuk menambak populasi setempat setelah ramai anak muda mengambil keputusan untuk berhijrah ke bandar-bandar besar yang lain.

Bagaimanapun, ada sebabnya kenapa rumah-rumah ini dijual pada harga sebegitu rendah. Hampir semua rumah yang dimasukkan dalam program ini adalah rumah yang mengalami kerosakkan besar.

Malah bagi sesiapa yang membeli, mereka dikehendaki melaburkan sekurang-kurangnya 15 ribu Euro (RM 70,415) untuk tujuan baik pulih dalam tempoh tiga tahun selepas membeli. Anda juga dikehendaki menyerahkan deposit sebanyak 5,000 Euro (RM 23,471) kepada kerajaan tempatan dan hanya dipulangkan sekiranya anda berjaya membuat baik pulih dengan jumlah dan tempoh masa yang ditetapkan.

Namun menurut Cacioppo, pembeli tidak perlu risau kerana Sambuca adalah sebuah daerah penuh sejarah, dengan suasana hidup yang tenang dan damai serta mempunyai tanah pertanian yang subur.

Dengan populasi penduduk turun mendadak, Cacioppo berkata ini adalah langkah terbaik untuk mengelakkan bandar tersebut bertukar menjadi bandar mati.

”Kami tidak boleh membiarkan warisan dunia Arab kami hilang, mujurlah ada orang asing yang sanggup menyertai program ini dan memulihkan keadaan,” kata Cacioppo.

Sumber: The Guardian

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.