Siakap Keli

”Terbongkarnya Aib, Tanda Kebaikan Allah Bagi Pada Kita,” Nasihat Da’i Wan Buat ‘Fatimah Rohani’

Sejak isnin lalu, tular di media sosial penyebaran gambar pelakon popular Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali dengan Emma Maembong yang tidak mengenakan tudung.

Gambar yang didakwa diambil bersama abang kepada seorang menteri itu menimbulkan kritikan ramai netizen kerana dianggap keterlaluan dan tidak mencerminkan imej muslimah yang dibawanya selama ini.

Walaupun Emma sudah mengakui kesilapannya itu dan meminta maaf kepada semua netizen, namun dia masih menerima kecaman dari mereka yang masih tidak berpuas hati.

Susulan itu, pendakwah muda, Wan Dazrin atau Da’i Wan tampil memberikan nasihat secara berhemah agar mengganggap segala aib yang terbongkar itu sebagai tanda kebaikan dari Allah untuk membaiki diri.

”Kehadapan Emma Maembong,

Terbongkarnya aib, orang selalu anggap ia keburukan.

Maaf. Saya hadir untuk perbetulkan.

Ia sebenarnya tanda kebaikan yang Allah nak bagi pada kita. Orang yang hari ni sedar dan tahu tentang aib dia lantas dia ubah dan baikinya. Usaha ini yang buat dia bernilai di sisi Allah.”

Beliau turut memberi peringatan kepada Emma agar sentiasa menjaga amalan supaya Allah akan sentiasa memeliharanya.

”Ingatlah, dalam semua pandangan mata manusia, ada satu sahaja pandangan yang kalau Emma dapat jagakan, maka akan terjagalah keseluruhan aibmu.

”Jagalah amalan di belakang tabirmu, dari situ ukuran kata ulama, Allah akan pelihara di depan tabirmu pula,” tulis Da’i Wan.

Sumber : Wandazrin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.