Siakap Keli
Sumber:oceanbreezerecovery.org

”Ada Anak Tu Asyik Kena Tengking Walau Tak Buat Salah,” Doktor Kongsi 5 Tanda Mak Ayah Pilih Kasih Dengan Anak-Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam ramai anak-anak, rasa paling sayang dengan yang sulung. Pandai dan sangat mendengar cakap. Kalau yang sulung buat salah sekalipun, kita marah dengan nada yang lembut dan perlahan. Kalau dibandingkan dengan anak-anak yang lain, habis ditinggikan suara dan ditengking.

Itu contoh situasi ibu bapa tidak adil atau pilih kasih terhadap anak-anak. Biarpun anak itu baik dari segala segi berbanding anak-anak lain, seharusnya sikap sebegini tidak harus pada ibu bapa. Anak-anak lain akan merasakan diri mereka tidak berguna, lebih parah rasa cemburu ini berlanjutan hingga dewasa.

Namun, kadang-kala ada ibu bapa yang tidak sedar ada perbuatan mereka yang membuatkan anak-anak berasa mak ayah mereka tidak adil. Mungkin sahaja ibu-bapa terlepas pandang dan tidak ada niat pun untuk membezakan setiap anak. Jadi semak 5 tanda yang dikongsikan oleh Doktor Taufiq Razif ini. Mungkin ada yang pernah ibu-bapa lakukan. Demi anak-anak, jom ubah sebelum parah. Semoga bermanfaat !

5 Tanda Mak Ayah Dah Mula Tak Adil Dengan Sebahagian Anaknya

1. Nada dan intonasi suara berbeza bila bercakap dengan anak yang lain

Ada anak tu asyik kena tengking dan bebel je biarpun tak buat salah! Padahal ada juga adik beradiknya yang suka buat salah tapi mak ayahnya masih mengekalkan nada suara yang lembut dan perlahan.

2. Hanya pandang pada skor anak sahaja

Anak yang skor A lebih diberikan pujian berbanding anak yang skor C. Padahal mungkin anak yang skor C ni dah bermati matian belajar cuma mungkin anak itu kategori LATE BOOMERS yang mana perlukan masa yang sedikit lama untuk perform dan skor dalam pelajarannya.

Sumber: oceanbreezerecovery.org

3. Mengagungkan anak yang tertentu di depan adik beradiknya

Anak yang lebih berharta dan lebih tinggi prestasi akademiknya dipuji secara berlebihan di depan adik beradiknya.

Mula-mula anak yang lain mungkin akan turut termotivasi tetapi jika terlalu berlebihan, self confidence anak yang lain akan mula drop dan rasa diri tak berguna akan mula muncul dalam diri mereka.

4. Melebihkan eye contact pada anak tertentu sahaja

Tanpa sedar eye contact mak ayah tu lebih banyak pada anak tertentu sahaja. Anak anak kita sebenarnya sensitif dan tahu bila mak ayahnya lebihkan atau kurangkan eye contact pada diri mereka. Kurangnya eye contact bermakna kurangnya ikatan emosi mak ayah pada anak-anak.

5. Melebihkan si adik daripada si abang dan kakaknya

Adik yang dimanja berlebihan akan dianggap ‘threat’ ataupun ancaman pada abang dan kakaknya.

Walaupun si adik kelihatan lebih memerlukan perhatian tapi jangan sampai kakak dan abangnya kita sisihkan.

Kita taknak rasa cemburu sesama adik beradik bertukar menjadi sengketa dan perbalahan bila dah meningkat dewasa.

psst..ramai lagi mak ayah tak tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah lain yang belum tahu ye dan tolong ingatkan pasangan kita juga.

p/s : Jom belajar lebih banyak lagi tentang anak kita di Telegram saya. Klik je link ni sekarang t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber : Taufiq Razif

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di