Siakap Keli

Dinding Hotel Runtuh Ketika Majlis Perkahwinan, Sekurang-Kurangnya 15 Tetamu Maut

LIMA, Peru- Dinding sebuah hotel runtuh di Peru ketika majlis perkahwinan menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang tetamu terbunuh.

Dalam kejadian yang berlaku ahad lalu, puluhan tetamu sedang menari di bahagian tengah dewan hotel sebelum dinding dan bumbung hotel tersebut runtuh secara tiba-tiba mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Seramai kira-kira 15 orang tetamu disahkan maut manakala 30 lagi cedera dan sedang dirawat di hospital.

Image result for hotel collapse in peru during wedding

Menurut Pegawai Sivil, Jorge Chavez, insiden tersebut disebabkan oleh tanah runtuh yang menimpa hotel berikutan bangunan itu dibina di bahagian lereng-lereng bukit.

Bandar tersebut mengalami cuaca hujan selama lima hari berturut-turut sebelum banjir berlaku dan mengakibatkan tanah runtuh.

Sumber: Fox News

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar