Siakap Keli

Harga Boleh Beli Motor ‘Cash’, Durian J-Queen Laku Dijual Dengan Harga RM4,000 Sebiji, Hanya Sebatang Pokok Ditanam

Buah durian dengan harga yang sangat mahal tular di media sosial baru-baru ini.  Kalau korang rasa harga durian ‘Musang King’ antara yang termahal di Malaysia, korang mungkin terkejut dengan harga buah durian yang dijual di Indonesia ini.

Buah durian yang digelar ‘J-Queen’ dijual dengan harga 14 Juta Rupiah bersamaan dengan lebih RM4,000 sebiji telah menjadi bualan rakyat tempatan.

Dijual di salah sebuah pasaraya terbesar Indonesia, di Plaza Asia.  J-Queen merupakan durian yang termahal dan hanya 4 biji sahaja dijual.  Walau bagaimanapun, sebanyak 2 biji telah dibeli pada hari pertama dipasarkan.

J-Queen dikatakan berasal daripada baka berkualiti tinggi yang diusahakan oleh usahawan tempatan di sana, Aka, 32 tahun.

Menurutnya, J-Queen mempunyai isi yang tebal dan tidak mempunyai biji.  Ia turut dikacuk dan ‘dikahwinkan’ dengan beberapa baka durian berkualiti daripada negara-negara lain.

J-Queend ditanam dengan hanya sebuah pokok yang akan dituai 3 tahun sekali.

 

 

View this post on Instagram

 

Kenapa harganya mahal?? Karna kami percaya dedikasi petani lokal indonesia harus di apresiasi

A post shared by Aka.durian (@aka.durian) on

“J-Queen sudah kalahkan Musang King ketika pertandingan durian di Penang, Malaysia pada tahun lalu.  J-Queen memenangi hati juri dengan keharuman dan rasanya yang ‘kaya’,” kata salah seorang pakar durian yang hadir menyaksikan sendiri buah durian J-Queen yang dipamerkan di Plaza Asia.

Sumber: Tribun News

Nur Farra