Siakap Keli
The Esports Observer

Kanak-Kanak 11 Tahun Tulis Surat Desak Kerajaan Haramkan PUBG, Dakwa Promosi Buli Siber

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Maharashtra, India dilaporkan telah menulis surat kepada kerajaan dan memohon permainan popular, PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG supaya diharamkan.

Ahad dalam surat empat halaman itu antara lain memberi alasan bahawa permainan video itu didapati menjadi alat untuk mempromosikan keganasan dan buli atas talian.

Melalui surat yang sama juga Ahad menyebut bahawa ”menuntut pengharaman sepenuhnya PUBG kerana mempromosikan keganasan, pembunuhan, agresif, mencuri, ketagihan permainan video dan buli siber”.

”Saya juga akan mendapatkan nasihat guaman (sivil dan jenayah) mengikut undang-undang, dengan semua kos akan ditanggung oleh pihak anda sekiranya kerajaan tidak mengharamkan PUBG,” katanya lagi.

Surat itu dipercayai telah dihantar kepada tujuh individu penting dalam kerajaan India antaranya adalah Menteri Eloktronik dan Teknologi Maklumat, Ravi Shankar Prasad; Menteri Pendidikan Maharashtra, Vinod Tawde; dan Menteri Besar Maharashtra, Devendra Fadnavis.

Bagaimanapun Ahad yang tidak menerima sebarang respon daripada individu-individu berkenaan bertindak memfailkan Public Interest Litigation (PIL) di Mahkamah Tinggi Bombay.

PUBG merupakan permainan video antara yang paling popular di dunia ketika ini, termasuklah di Malaysia dibangunkan oleh PUBG Corporation, sebuah syarikat subsidiari di bawah Bluehole iaitu syarikat pembangun permainan video terkemuka dari Korea Selatan.

Sumber: India Today

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.