Siakap Keli
Gambar : Facebook

Kanak-Kanak Mati Lemas Tergelincir Ke Dalam Tasik

Shah Alam :  Seorang kanak-kanak ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam tasik di Bandar Puteri Klang dekat sini petang ini.

Ketua Balai Bomba Taman Sri Andalas, A. Romzi Abu berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu mangsa Tan Wei Xiang, 12, yang datang ke tasik berkenaan bersama dua lagi rakannya dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam tasik berkenaan.

“Mangsa telah terjatuh di kawasan saluran air masuk ke tasik ini ketika bermain bersama rakannya kerana kawasan berkenaan licin selepas hujan, tasik ini juga berfungsi sebagai kawasan takungan air ketika hujan lebat.

“Kami terima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.00 petang dan 13 anggota bomba termasuk lima anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA),” katanya ketika dihubungi sumber di sini hari ini.

Pasukan PPDA mengambil masa dua jam bagi mencari mayat mangsa berikutan dasar tasik yang berselut ditambah dengan keadaan air yang deras akibat hujan.

Gambar : Facebook

“Mayat mangsa ditemui pada jarak empat meter dari tempat dia terjatuh dan berada pada kedalamam tiga meter,” katanya.

Kata A. Romzi lagi mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi bedah siasat.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.