Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan - Google

Rakyat Kelantan Mampu Miliki Tanah 50 Peratus Lebih Rendah Dari Harga Pasaran

Kota Bharu : Hasrat rakyat Kelantan untuk memiliki tanah pada harga mampu milik bakal direalisasikan apabila sebuah syarikat pembangunan tanah menawarkan harga 50 peratus lebih rendah daripada pasaran.

Pengarah Urusan MyHartanah.My, Wan Mohd Syazwan Wan Sukri berkata syarikatnya menawarkan harga pemilikan tanah lot banglo serendah RM19,000 bagi keluasan 5,000 kaki persegi.

“Ini satu peluang bagi rakyat negeri ini tanpa mengira darjat, mereka boleh membeli tanah dengan harga mampu milik di beberapa daerah,” katanya kepada sumber pada Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Tanah di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya menggunakan konsep membeli tanah penduduk negeri ini, dan tanah berkenaan akan dinilai sama ada berpotensi untuk dibangunkan ataupun sebaliknya.

“Dengan kegawatan ekonomi semasa, penawaran jual beli tanah ini dilihat mampu membantu kebajikan serta mengurangkan beban rakyat negeri ini bagi memiliki tanah sendiri untuk membuat rumah,” katanya.

“Ini jelas terbukti sejak 10 bulan lepas bermula April lalu, sebanyak 70 peratus tanah lot banglo bersamaan dengan 24 hektar tanah yang dipecahkan kepada 300 lot banglo terjual.

“Setiap lot tanah banglo yang dijual dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur seperti jalan batu dan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

Wan Mohd Syazwan berkata pihaknya dalam perancangan untuk memulakan jual beli lot tanah semi-D pula pada tahun ini supaya peluang sama dapat dirasai golongan berpendapatan lebih rendah.

“Kita bersedia membeli jika ada pemilik tanah tidak tahu cara membangunkan tanah atau kesuntukan masa menjual tanah mereka agar memaklumkan kepada pihak kami,” katanya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Sha Rossa

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di