Siakap Keli

Tiada Lagi Hiburan Dalam Pesawat, Pakistan Airlines Perdengarkan Alunan Ayat Suci Al-Quran Dalam Penerbangan

Syarikat Penerbangan Pakistan (PIA) mengambil keputusan untuk menggantikan hiburan lagu dalam pesawat dengan ayat suci Al-Quran dan hadis bagi semua penerbangan yang membawa jemaah haji ke Jeddah dan Madinah.

”Keputusan tersebut dibuat untuk kesemua penerbangan ke Jeddah dan Madinah atas dasar sentimen penumpang,” kata jurucakap syarikat penerbangan, Mashhood Tajawar.

Jurucakap berkenaan dalam kenyataan yang sama juga menafikan bahawa pengharaman muzik moden dalam penerbangan turut dikuatkuasakan untuk semua laluan penerbangan.

”Keputusan ini hanya untuk perjalanan ke Jeddah dan Madinah kerana semua penumpang ini dalam pengembaraan suci. Memasang lagu ketika membawa mereka adalah satu keputusan yang tidak sesuai,” katanya yang turut menejelaskan penumpang pesawat untuk laluan berbeza mempunyai akses kepada muzik moden yang disediakan di dalam sistem hiburan pesawat.

Malah, para penumpang ketika menaiki pesawat juga akan disambut dengan lantunan qasidah dan lagu nasyid berbanding penggunaan irama muzik sebelum ini.

Sumber: NDTV

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.