Siakap Keli

Canggih, Samsung Patenkan Baju Pintar Berupaya Kesan Dan Pantau Penyakit Paru-Paru

Gergasi teknologi dari Korea Selatan, Samsung ketika ini sedang melabur dan membangunkan baju pintar yang dilengkapi dengan sensor maju yang berupaya untuk memantau keadaan kesihatan si pemakai.

Maklumat kesihatan yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar itu berupaya untuk menilai kesihatan termasuklah penyakit pneumonia, bronkitis, asma dan penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD).

Dilengkapi dengan pelbagai sensor, termasuklah berupaya untuk mengesan degupan jantung pengguna. Data ini kemudian digunakan untuk mendiagnosis penyakit-penyakit berkaitan masalah pernafasan.

Samsung turut mempatenkan rekaan tersebut dengan Organisasi Harta Intelek Dunia pada 2017 dan diluluskan pada 24 Januari lalu.

Bagaimanapaun, bagi pemakai yang mahukan keputusan yang tepat daripada pelbagai sensor yang terpasang pada baju pintar ini, mereka terlebih dahulu perlu memasukkan maklumat kesihatan seperti umur, berat, ketinggian, BMI dan sejarah perubatan dalam akaun pengguna pada telefon pintar.

Selain maklumat-maklumat ini boleh dipantau oleh pengguna melalui telefon pintar, langkah-langkah pencegahan turut dipaparkan pada skrin untuk tindakkan lanjut pemakai.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar pakaian ini akan dikomersialkan.

Sumber: Android Pit, Lets Go Digital

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.