Siakap Keli

Diberi Amaran Tidak Bercakap Dan Tarik Nafas Dalam, Fenomena Kutub Sejuk Amerika Ragut 5 Nyawa

Rakyat Amerika dinasihati untuk duduk didalam rumah disebabkan ribut salji yang kuat dikatakan boleh mengancam nyawa.

Ratusan penerbangan serta sekolah dan pejabat diarahkan tutup akibat perubahan cuaca maksima yang mencapai suhu paling rendah sehingga memecah rekod sebelum ini.

Kesan terlalu terdedah dengan cuaca sejuk, individu tersebut boleh diserang radang dingin (frostbite) yang boleh mengakibatkan berlakunya pereputan fros dalam masa beberapa minit.

Di Iowa, suhu ketika ini telah mencapai -20 Celsius.  Penduduk diberi amaran untuk tidak bercakap dan menarik nafas terlalu dalam.

“Ini sangat merbahaya kerana boleh membawa kepada reputan kulit jika terdedah dibawah cuaca sejuk walaupun hanya 5 minit.  Apa yang boleh mereka buat adalah dengan mengurangkan masa di luar rumah,” kata Pegawai Cuaca Nasional menerusi status Twitter mereka.

Sekurang-kurangnya sebanyak 5 kematian telah dilaporkan berkaitan fenomena cuaca sejuk yang melanda negara itu sejak Sabtu lalu di beberapa kawasan seperti Iowa, Indiana, Illinois, Wisconsin and Minnesota.

Sumber: Mirror

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di