Siakap Keli
The Independent

Hidup Terlalu Susah Sehingga Ada Mangsa Perang Perlu Makan Sampah Untuk Isi Perut

Akibat perang yang berlarutan, penduduk-penduduk di bandar pelabuhan, Hodeidah di Yaman dikatakan mengalami kesempitan hidup yang melampau sehingga terpaksa makan sampah untuk mengisi perut.

Selain menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan, ramai pelarian perang ini turut mempunyai akses yang terhad terhadap perkhidmatan kesihatan seperti yang didedahkan oleh Dr. Ashwaq Moharram yang berkhidmat di bandar tersebut.

Katanya, secara peribadi dia pernah menyaksikan pesakit meninggal dunia depan matanya ketika dalam perjalanan dengan ambulans ke hospital.

Ujar Dr. Ashwaq lagi, bagi penduduk-penduduk di bandar ini, hanya ada dua pilihan buat mereka sama ada berlapar sehingga jatuh sakit atau menunggu maut datang akibat kesukaran mendapatkan bekalan ubat. Dua pilihan yang sangat sukar dibuat.

Dr. Ashwaq Moharram

Walaupun genjatan senjata pernah diumumkan antara dua pihak yang bertelagah, beliau memberitu orang awam tetap menjadi mangsa kerana biasanya genjatan tersebut ‘akan tamat sebelum sempat dimulakan’.

Bekalan makanan semakin sukar didapati dan saki-baki yang ada dijual pada harga yang melampau tinggi. Pilihan yang tinggal adalah kembali ke tempat pelupusan sampah untuk mendapatkan makanan rosak yang sebelum ini sudahpun dibuang.

Selepas bertahun-tahun pertempuran meletus, dianggarkan lebih 60,000 rakyat Yaman telah terkorban. Malah, pemerhati dunia menyifatkan apa yang berlaku di Yaman ketika ini merupakan krisis kemanusian paling dahsyat pernah disaksikan.

Lebih perit, sukarelawan sukar untuk menghantar bekalan makanan dan perubatan ke sana disebabkan Hodeidah ketika ini berada di bawah kawalan pasukan pemberontak.

The Independent

Bagi meneruskan kehidupan, Dr. Ashwaq juga mendedahkan tindakan terdesak yang terpaksa diambil sesetangah keluarga untuk medapatkan wang bagi membeli makanan.

Ini termasuklah mengahwinkan anak mereka yang dibawah umur bagi mendapatkan wang hantaran yang kemudian digunakan sebagai perbelanjaan keluarga. Selain itu, ada juga yang mengambil keputusan untuk menjual organ sendiri seperti buah pinggang sebagai jalan keluar daripada hidup yang melarat.

Malah, bagi keluarga yang baru menimang cahaya mata, ia adalah satu perkara yang sangat mustahil untuk mereka mencari kelengkapan bayi dan susu formula di bandar ini ketika ini.

”Mereka (pihak bertelagah) mengatakan genjatan senjata sedang berlangsung, tetapi setiap hari kami melihat pesawat pejuang melepaskan bom dan bunyi tembakkan, orang awam yang tidak bersalah terus terkorban.

”Perjanjian ini tiada hasilnya. Sesuatu perlu dilakukan dan peperangan ini perlu ditamatkan. Rakyat sudah hidup merana, ketepikan urusan politik terlebih dahulu,” katanya.

The Independent

Sumber: The Independent

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.