Siakap Keli
Hindustan Times

Kasih Ibu, Sempat Selamatkan Empat Anak Sebelum Maut Dalam Runtuhan Bangunan Rumah Kedai

Seorang wanita dan juga ibu berusia 27 tahun berjaya menyelamatkan empat orang anaknya sebelum terperangkap dan meninggal dunia dalam runtuhan bangunan yang berpunca daripada kebakaran Khamis lepas, di India.

Mangsa, Fatima, ketika kejadian dilaporkan sedang hamil 8 bulan sempat mengeluarkan anak-anaknya melalui tingkap dan melepaskan mereka ke jalan. Bagaimanapun dalam usahanya untuk menyelamatkan diri sendiri, mangsa telah pengsan sebelum bangunan tersebut runtuh.

Sisatan polis percaya bahawa kebakaran berkenaan berpunca daripada kebakaran yang berlaku di kedai kek yang terletak di bahagian tingkat bawah (Ground Floor) bangunan rumah kedai itu.

Kebakaran yang sama kemudian menyebabkan berlaku letupan pada dua batang silinder LPG sekaligus menyebabkan kerosakkan struktur tingkat pertama (1st Floor), iaitu kediaman kepada keluarga Fatima.

”Fatima terperangkap di dalam bahagian tingkat pertama, ketika suami beserta abangnya berusaha untuk memadamkan kebakaran yang berlaku di tingkat bawah. 

”Menurut suaminya, Fatima tidak dapat bergerak dengan pantas memandangkan ketika itu dia sedang sarat hamil. Jiran-jiran meminta Fatima mengeluarkan anak daripada tingkap dan mencampakkan ke arah orang ramai yang bersedia untuk menyambutnya,” kata Naseem Saifi, jiran Fatima.

Dua anaknya, lelaki berusia 9 tahun dan perempuan berusia 7 tahun mengalami kecederaan teruk ketika diselamatkan, manakala dua lagi anak perempuannya hanya mengalami kecederaan ringan.

Sumber: Hindustan Times

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.