Siakap Keli

Mayat Wanita Baru Sebulan Berkahwin Ditemui Terapung Dalam Tasik

Mayat seorang wanita yang baharu sebulan berkahwin ditemukan terapung di tasik Taman Bandar Indera Mahkota di sini, kira-kira 15 jam selepas dia dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa Sharifah Abdullah, 24, ditemui oleh orang awam yang beriadah di tasik tersebut pada pukul 7.20 pagi Jumaat.

“Mangsa didakwa keluar rumah pada pukul 5 petang semalam dengan menunggang motosikal dan tidak pulang menyebabkan suami serta keluarganya mencarinya di sekitar bandar Kuantan pada pukul 11 malam tadi.

“Keterangan suami mangsa juga mengatakan isterinya mengalami masalah kemurungan akibat kemalangan tiga tahun lalu, yang turut menyebabkan mangsa mengalami tekanan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Noor menambah pihaknya dibantu tujuh anggota bomba untuk menarik mayat mangsa yang berada kira-kira dua meter daripada tebing tasik.

Beliau berkata bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini, mengesahkan sebab kematian mangsa yang beralamat di Kampung Tiram di sini, adalah disebabkan lemas.

Katanya tiada kesan atau tanda unsur jenayah berlaku ke atas mangsa dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

— BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Editor: Nur Farra

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di