Siakap Keli

“Cilaka Perbuatanmu, Diharamkan Sezarah Kamu Hidu Bau Syurga,” Terkesan Video Warga Emas Tular, Sharnaaz Sampaikan Pesanan Ikhlas

Beberapa hari lalu, video seorang wanita warga emas sedang makan selepas didakwa keluar mencari wang dan ditemui oleh seorang individu yang membantu tular, sekali gus mendapat perhatian netizen.

Ada diantara selebriti turut berkongsi video tersebut dan mendakwa turut terkesan.  Sharnaaz Ahmad dalam satu perkongsian Instagram miliknya mencatat, “Kita ada gf cantik, kita ada bini lawa tapi ingat ya kawan kawan ku sekalian.

“Cilaka perbuatanmu pada ibumu, diharamkan sezarah kamu menghidu bau syurga dan beruntungnya kita yang dapat menikmati makan malam yang enak, berpinggankan 20-30 ribu nilainya, tetapi ingat, kuburnya tetap sama, tanahnya tetap sama, dan soal kuburnya tetap sama.

“Ini nota buat AKU SENDIRI. Pada yg lain moga jadi ingatan untuk sayang ibu anda jika masih bernafas.

“Kasih yg lain, pasti boleh bertukar ganti, tapi tidak kasih ibu dan ayah.  Selamat malam. Buat anak ku @jebatjayden sayang dan hormatilah ibu mu, kerana tiada yg disayangnya lebih dari menyayangi mu setiap saat.”

Nur Farra