Siakap Keli

Datuk, Nenek Kejam Panggang Cucu Hidup-Hidup Dalam Ketuhar Hingga Mati

Bayi berusia 11 bulan dibakar hidup-hidup di sebuah dapur oleh datuk dan neneknya, kata pihak berkuasa.

Maxim ditinggalkan ibunya, Victoria untuk dijaga oleh kedua datuk dan neneknya di Rusia.

Namun, sebaik tiba di rumah ibu dan ayahnya, Victoria terkejut apabila melihat bayinya dalam keadaan rentung di bahagian dapur rumah orang tuanya.

Menurut jiran, datuknya pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Mereka terdengar bayi itu dibawa ke dapur tempat pembakaran kayu.

Bayi comel itu ditemui dengan keadaan yang sangat menyedihkan akibat daripada suhu bakar yang tinggi.

Nenek, 42 tahun dan datuknya, 47 tahun telah ditahan bagi siasatan jenayah membunuh kanak-kanak dengan sengaja.

Victoria dalam satu status media sosialnya menulis, “Berehatlah dengan tenang anakku sayang.  Kesakitannya yang saya rasai tak dapat ditanggung walaupun seminit.  Macam mana saya nak tanggung lagi kamu dah tidak bersama saya? Saya tak boleh peluk kamu lagi.  Hanya gambar yang boleh ubati rasa sakit ini.  Saya tengok gambar kamu dan kamu senyum kepada saya.”

“Saya rindu kamu sangat-sangat.  Tolonglah datang walaupun sesaat.  Datanglah berjumpa saya dalam mimpi.  Saya tahu kamu dah dapat lihat semua sebab kamu dah terbang di tempat yang tertinggi.”

Sumber: Metro UK

Nur Farra