Siakap Keli

Gila, Ayah Tebuk Perut Bayi Sendiri Sehingga Terkeluar Usus Dakwa Untuk Keluarkan Angin

Seorang ayah tergamak menebuk perut bayi yang merupakan anaknya sendiri kerana mendakwa ia mampu mengeluarkan angin daripada perut bayi malang berkenaan, dalam kejadian yang berlaku di China.

Tindakan yang diambil lelaki tersebut selepas melihat perut bayi itu membesar secara luar biasa, bagaimanapun tindakannya menyebabkan bayi tersebul mengalami kecederaan parah apabila ususnya mula keluar melalui saluran yang ditebuk itu.

Mujurlah, si ayah tidak bertindak untuk merawat kecederaan yang berpunca daripadanya secara sendirian, sebaliknya segera membawa bayi tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Ketika tiba di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Ninbo, kira-kira 40 hingga 50 sentimeter usus kanak-kanak malang itu sudahpun terkeluar dan mula menghitam. Doktor mengambil masa kira-kira sejam untuk memasukkan kembali usus tersebut. Bayi malang itu kini dalam proses untuk sembuh kembali.

Pihak hospital turut melahirkan rasa terkejut dengan insiden yang pertama kali berlaku tersebut. Mereka menasihatkan supaya ibu bapa diluar sana tidak mengambil tindakan sendiri untuk merawat anak masing-masing sekiranya tidak mempunyai ilmu yang mencukupi sebaliknya segera membawa mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang terbaik.

Sumber: Shanghaiist

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.