Siakap Keli

Nikahi Gadis 18 Tahun, Datuk 75 Tahun Beri ‘Mahar’ Kebun Cengkih

Perkahwinan dengan jarak umur yang jauh menjadikan perkahwinan antara seorang lelaki berusia 75 tahun, Siang dengan seorang gadis berusia 18 tahun, Tika tular di media sosial.

Pernikahan dengan wang hantaran sebanyak Rp 25 juta (RM7,000) dan sebidang kebun cengkih berlangsung di Dusun Coddong, Desa Bontokatute, Kabupaten, Sulawesi.

“Saya baru tahu ada orang yang datang melamar, apabila dia membawa wang hantaran ke rumah,” kata keluarga pengantin perempuan, Asih.

“Saing bukanlah orang asing.  Tika pernah tinggal bersama makciknya sejak kecil ketika ibunya di Sulawesi.”

Asih memberitahu selama proses pernikahan berlangsung, Tika lebih banyak mendiamkan diri.  Walau bagaimanapun, dia tetap melayani setiap tetamu yang hadir dengan tenang.

“Dia tetap menikah dan tenang saja.  Tidak juga menangis,” tambahnya.

Sumber: News Detik

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di