Siakap Keli

Ayah Simbah Asid Dekat Anak Sendiri, Kemudian Tuduh Bekas Isteri Tak Pandai Jaga Anak Untuk Menangi Hak Penjagaan

Seorang lelaki sanggup menyimbah asid terhadap anaknya sendiri sebelum menuduh isterinya tidak pandai menjaga anak bagi membolehkan dirinya memenangi hak penjagaan, dalam kejadian yang berlaku di United Kingdom.

Bagaiamanpun perbuatan tersebut terbongkar apabila insidennya menyimbah asid tersebut terakam melalui kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) di dalam sebuah kedai.

Rakaman yang sama turut ditayangkan di dalam mahkamah bagi menafikan tuduhan yang dilemparkannya terhadap bekas isteri baru-baru ini. Kanak-kanak malang berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan teruk pada bahagian muka dan bahagian badan.

Kejadian berkenaan dilapor berlaku pada Julai 2018 di kedai Home Bargain di Woncester.

Akibat kejadian tersebut, suspek yang berusia 40 itu didakawa atas kesalahan berkonspirasi mendatangkan kecederaan pada kanak-kanak melalui cara menyimbah asid padanya.

Mengikut laporan The Citizen, ketika kejadian mangsa bersama-sama abangnya menemani ibunya ke kedai berkenaan untuk berbelanja.

Ketika mangsa sedang bermain-main, si ayah menghampiri dan menyimbah cairan asid yang diletakkan di dalam botol. Mangsa juga dikatakan menjerit kesakitan akibat terkena simbahan cecair berbahaya itu. CCTV turut merakam suspek memerhati dari jauh sambil mengesap tanganya dengan kain selepas melakukan jenayah tersebut.

Suspek turut dibantu oleh 6 rakannya yang turut didakwa bersubahat dengan jenayah berkenaan, bagaimanapun dinafikan oleh semua tertuduh.

Sumber: The Citizen

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.