Siakap Keli

PETRONAS Perkenal RON95 Terbaru Berkualiti Tinggi, Minyak Pertama Di Dunia Bantu ‘Jaga’ Enjin Kereta

Berita baik untuk semua pengguna kenderaan di Malaysia apabila PETRONAS baru sahaja melancarkan minyak PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive serba baru pada 29 Januari lepas.

Pelancaran minyak serba baru ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Urusan dan CEO PETRONAS Dagangan Berhad, Dato’ Seri Syed Zainal Abidin dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pengenalan minyak dengan teknologi terkini menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dengan prestasi enjin yang dipertingkatkan.

Malah, mana-mana pemandu yang berpeluang mengendalikan jentera yang diisi dengan PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive bakal merasai pengalaman gaya pemanduan lain dari yang lain (#MoveLikeNeverBefore).

Bagi menghasilkan minyak berkualiti tinggi ini, PETRONAS terlebih dahulu melancarkan siri ujian melibatkan pengguna dimana tiga kunci penting iaitu kelancaran pemanduan, tindak balas enjin dan kecekapan bahan api diperoleh daripada maklum balas responden.

Dibangunkan dengan teknologi perlumbaan kelajuan tinggi Formula One, PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive muncul sebagai bahan api pertama di dunia dengan ciri-ciri Dual Friction Modifier yang mampu mengurangkan jumlah geseran sebanyak 20 peratus.

Penurunan jumlah geseren ini dapat membantu enjin kereta beroperasi dengan lebih lancar serta tindak balas lebih pantas. Tidak dilupakan, minyak serba baru ini juga dilengkapi dengan teknologi Double Detergent bagi memastikan enjin lebih bersih dan penggunaan minyak yang lebih efisien.

Jadi kepada semua pemandu yang amat mementingkan penjagaan enjin jentera yang dipandu,  gunalah PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive kerana ia adalah minyak terbaik yang ada di pasaran Malaysia ketika ini.

Berita baik untuk alam sekitar, teknologi Double Detergent ini juga mampu menyingkirkan sehingga 99 peratus karbon deposit yang ada. Tambahan kepada teknologi diatas, bahan adiktif di dalam minyak juga dipertingkatkan keupayaannya dengan teknologi Anti-Corrosion.

Anti-Corrosion bakal memberikan perlindungan dua kali lebih baik kepada enjin sekaligus dapat memastikan enjin kereta anda kekal beroperasi pada prestasi tinggi untuk tempoh masa yang lebih lama.

Penghasilan minyak serba baru ini juga meraih manfaat daripada pusat penyelidikan bertaraf antarabangsa milik PETRONAS dan fasiliti-fasiliti serba canggih yang ada di Eropah dan Amerika Syarikat dimana menjadi penyumbang utama kepada kejayaan pasukan Mercedes-AMG Petronas muncul Juara Dunia Formula One Kategori Pengeluar lima kali berturut-turut.

Bagi tempoh 1 hingga 3 Februari ini, anda berpeluang untuk menikmati potongan harga sebanyak RM 1 ketika membuat pembelian di Kedai Mesra bagi setiap isian sebanyak RM 30 dengan menggunakan minyak PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive ini.

Kongsikan pengalaman anda menggunakan minyak PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive dengan mengambil gambar bersama-sama Branded Collateras di semua stesen PETRONAS dan muat naik di Instagram dengan menggunakan hastag #MoveLikeNeverBefore #BebaskanGerakMu dan #TryTheFuel.

Layari laman web PETRONAS di Primax.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai minyak serba baru PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive ini.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.