Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan

Kenapa Ramai Orang Malaysia Kemalangan Di Thailand? Ini Info Dari Polis Trafik Thai Tentang Tabiat Orang Kita

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kemalangan yang membabitkan rakyat Malaysia di negara jiran Thailand semakin kerap berlaku. Perlu diketahui, bahawa cara pemanduan rakyat Thailand sangat berbeza, maka kita perlu sentiasa peka.

Malang tidak berbau, jadi berwaspadalah ketika kita berada di tempat orang. Jika melibatkan kematian, bukan mudah prosedur untuk membawa pulang jenazah kerana terpaksa melalui pelbagai proses terlebih dahulu.

Jika ingin memandu di sana, perkongsian oleh Bang Lee mengenai punca kemalangan rakyat Malaysia di negara itu oleh polis Thailand sendiri mungkin boleh dijadikan panduan bagi anda.

Assalamualaikum dan salam damai sahabat ..

Sedikit perkongsian dari Bglee buat sahabat bikers Malaysia yang ride merentasi Wilayah Kanchanaburi untuk ke Mae Hong Son.

Bglee kerap terserempak dengan bikers dari Malaysia di sekitar town Kanchanaburi yang rata ratanya nak ride ke utara dan menjadikan town Kanchanaburi sebagai route singgah bermalam .

Start New Year..hingga semalam…Bglee di hubungi sahabat-sahabat yang memaklumkan 9 kes kemalangan dan 4 darinya maut.

Semalam singgah di Bahagian Kawalan Trafik Kanchanburi,dan cuba korek korek dari IO ..untuk ketahui punca.Bukan apa..bila dengar berita kemalangan yang membabitkan kematian rakyat Malaysia, Bglee akan follow up untuk bantu apa yang patut sekadar yang mampu.

Di fahamkan..antara punca utama kemalangan yang membabitkan group motorbike dari Malaysia ialah tidak memahami ‘culture’ orang Siam .

Contohnya..

Apabila follow belakang kenderaan yang bawa mayat utk upacara pembakaran di Wat …dalam budaya dan adat Buddha ..kurang ajar bagi memotong kenderaan mayat dan orang yang berjalan mengiringi mayat. sehinggalah mereka tiba masuk ke pintu Wat.

Dari arah bertentangan, kenderaan bergerak seperti biasa dan apabila kita memotong..ada kes berlaku kemalangan. Alasan kita..yang mengawal lalulintas tu bukan polis trafik kerana tidak beruniform.

Bagi budaya dan adat orang Siam,ahli keluarga si mati yang dok beri arahan kat jalanraya(yang iring mayat ke Wat) tu…dia beri khidmat supaya upacara di percepatkan di Wat..Tak mau bagi Tok Sami tunggu lama.. .

Dan kita pula sambil potong siap hon hon supaya riders yang belakang akan jalan terus.Bila sederet speed…ia buatkan kenderaan di laluan kanan kita(hadapan) tergamam..Kerana depa tak sangka kita sanggup potong dan mendahului kereta jenazah…bertembung ..crash !

Keduanya..

Marshal main suka hati stopkan kenderaan lain kat trafik light untuk beri laluan kat bikers yang lain untuk ride terus.

Takde keistimewaan pun macam tu kat Thailand.. dan siapa kita nak berhentikan laluan kenderaan lain semata mata nak pastikan route kita smooth ?Depa tengkok hijau je..jalan..walhal kita nak buat macam la nama jalan tu..nama bapak kita.

Nasib baik la kalau Siam maki je..kalau depa boh peluru tembus helmet camne..? Siam bhai..bukan Malaysia !

Kat sana..nak settle kes, kena panggil Abang Long dan Ayah pantun-pantun kat Kedai Mamak.. Mukaddimah ..wajib nasik mamak 786..lapik udang besar 7..8 ekoq..kari kepala ikan… siap pencuci mulut Dunhill 20 sekotak lagi kot atas.

Kat kampung Bglee di Kanchanaburi, takde Bang Long…Takde Paklang semua tu…nak settle kes.. Yang ada…”Mak Lang” je …berderet depan Pink Lady…Nak settle..booking masuk bilik..

Songkran(Pesta Air)..budak tingkatan 2 tembak budak tingkatan 3 sebab add awek dia kat LINE…tu baru budak..Belum lagi kawasan kampung pedalaman yang jadi route ke Mae Hong Son..kat area kampung pedalaman..kalau depa meluat.. Jangan sampai depa bakar motor ..sekali dengan tuan motor sudah laa…!

Tiap negara punya law..tak sama… Tiap orang yang ada kat atas jalanraya..dia punya kepala angin tak sama.

Tiap polis yang kaki paw kat jalanraya laaaagi tak sama..Silap silap kat sini..depa paw hangpa tinggal kote je dalam spenda..

Apa pun ….patuhilah law di mana sekali pun kita berada .Jangan kerana ada seorang…dua…perangai macam ni..seluruh warga bikers Malaysia di kecam dan di labelkan kurang ajar..

Pada sahabat Malaysian yang hadapi kesulitan ketika di Town Kanchanaburi ..InshaAllah..kalau ada kesulitan yang tidak membabitkan alat sulit..Hangpa kol Bglee.. 0930053803 atau..depan OCB Bank tu ialah Ibu Pejabat Kontijen Polis Wilayah Kanchanaburi ..Pi Bahagian Narkotik dan Jenayah Tingkat Dua ..Bglee kerap ada kat situ..kerja part time cleaner tandas..cari duit tepi…

Sumber : เรืองรุ้ง พลอยนิน

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.