Siakap Keli

“Mungkin Ini Hadiah Tahunan Yang Kecil, Kita Sebenarnya Satu Keluarga Besar Bernendakan Adam Dan Hawa” – Mufti

Keharmonian masyarakat dalam kaum yang berbilang bangsa dan agamanya perlu sama seali dijaga dengan utuh.  Harmonis antara kita dapat dilihat jelas setiap kali menjelang perayaan yang disambut setiap kaum.

Tahun Baru Cina antaranya sambutan yang mencerminkan betapa negara majmuk seperti Malaysia jauh lebih istimewa.  Suasana keharmonian dipupuk dengan amalan kunjung-mengunjung dan meraikannya bersama-sama.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam satu perkongsiannya menjelaskan betapa pentingnya menerapkan nilai-nilai keharmonian dalam setiap sambutan yang diraikan kaum yang berbeza.

Hidup beragama ini sebenarnya indah dan mudah jika kita memahami kehendak agama, juga batasannya. Islam meraikan kepelbagaian agama dan keberagaman bangsa. Betapa sejarah kehidupan Rasulullah SAW sendiri membuktikan bahawa tembok bangsa dan agama boleh diketepikan dengan akhlak dan kesantunan.

Hari ini saya meraikan jiran-jiran saya yang berbangsa Cina dengan kek sempena Tahun Baru Cina. Mungkin ini hanya hadiah tahunan yang kecil, namun saya amat berharap ianya mampu menyumbang sesuatu kepada keharmonian rakyat Malaysia berbilang bangsa.

Marilah kita kembali kepada asas yang hakiki bahawa kita sebenarnya satu keluarga besar yang bernendakan Adam dan Hawa.

Zahirkan keindahan Islam, sebarkan semangat perpaduan.

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di