Siakap Keli

Remaja Bertuah ‘Tak Sengaja’ Jadi Jutawan Lepas Bank Kreditkan 8.9 Juta Euro Dalam Akaun

Seorang remaja terkejut sebaik mendapati dirinya seorang jutawan dalam masa sehari apabila sebuah bank nasional di Belfast, Ireland membuat kesalahan dengan transaksi cek yang dikreditkan sebanyak 8.9 juta euro.

Dane Gillespie telah mengkreditkan cek bernilai 8,900 euro yang diterima oleh neneknya ke akaun bank miliknya.

Walau bagaimanapun, dia sangat terkejut apabila mengemaskini akaun bank dan mendapati amaun yang dikreditkan bernilai jutaan euro.

Ibunya, Caroline turut terkejut apabila Dane menghantar gambar jumlah akaun yang diterima oleh pihak bank.

“Anak saya fikir dia jutawan selama beberapa jam.  Ada 8.9 juta euro dalam akaunnya pada pagi Rabu lalu.”

“Dia dapat cek daripada neneknya berjumlah 8,900 euro, dan saya katakan padanya untuk cepat-cepat tunaikan cek tersebut.  Namun, tak sangka jumlah yang dikreditkan melebihi sepatutnya.”

“Dane turut memberitahu ingin membeli Porsche tapi dengan marah saya menjelaskan kepadanya bahawa itu bukan duit kita dan kita harus menyelesaikan masalah ini.”

“Ia seperti mimpi indah untuk remaja berusia 18 tahun dengan jumlah akaun sebanyak itu.  Dia hanya mahu keluar berbelanja tanpa memikirkan kesan dan akibat.”

Bank tersebut walau bagaimanapun telah membetulkan transaksi jumlah akaun dan pihak media cuba mendapatkan ulasan daripada mereka.

Sumber: Mirror UK

Nur Farra