Siakap Keli

‘Trailer’ Avengers: Endgame Pecah Rekod Paling Banyak Ditonton Dalam Masa 24 Jam

‘Countdown’ bagi peminat tegar Avengers telah pun bermula apabila filem terbaru sambungan kepada Avengers: Infinity War akan menemui penonton pada pertengahan tahun ini.

Filem ke 22 daripada Marvel Cinematic Universe ini dijangkakan sambutan yang lebih besar apabila trelernya sahaja sudah memecahkan rekod paling banyak tontonan hanya dalam masa 24 jam sebaik disiarkan.

Kesinambungan kepada filem sebelum ini, Thanos telah berjaya mendapatkan kesemua batu infiniti sehingga menjadikan separuh penduduk galaksi hilang menjadi debu.

Namun, apakah kesudahannya Avengers:Endgame?

Nur Farra